Salam 'alaykum
Alhamdulillah hari ini selesai menjawab kertas pertama peperiksaan akhir bagi semester terakhir. Allah izinkan semuanya lancar. Tamat semester ini maka tamatlah juga gelaran 'pelajar universiti' yang didukung selama 4 tahun.
Semua mula bertanya soal kerja. Soal kerjaya dan yang paling popular, soal jodoh. Kalau ditanya aku mahu kerja sebagai apa, aku yakin untuk maklumkan pada semua aku mahu jadi surirumah. YA. SURIRUMAH. Ada yang menyoal. "Kau belajar sampai dapat degree, duduk rumah jadi surirumah je?" Ada pula yang bagi pendapat "Kalau kau nak jadi surirumah, tak payahlah kau berangan nak sambung master lagi dah. Membazir je duit"
Tapi aku masih mahu teruskan pengajian aku. Surirumah bukan alasan untuk aku berhenti belajar. Aku sangat memandang tinggi pada para surirumah yang berjaya membesar dan mendidik anak-anak dengan baik. Ehem! Kerja surirumah ini berat tahu? Seawal subuh bangun laksanakan tugas pada Al-Khaliq. Kemudian mulakan dengan tugas menguruskan rumahtangga. Sarapan, kemas rumah, mendobi, menyapu lantai, membersihkan laman, mencuci pinggan mangkuk, memasak untuk makan tengah hari, makan malam, seterika baju untuk seisi rumah, memastikan keadaan rumah sentiasa teratur, kemas, ceria dan bersih!
Aku lebih memandang pada sudut parenting. Sudut mendidik anak. Mendidik generasi yang lebih hebat cabarannya dalam kehidupan kini. Generasi yang berdepan dengan serangan mental, emosi menggunakan senjata teknologi dan hiburan. Ilmu yang aku pelajari bukan untuk aku sahaja. Bukan semata-mata demi kerjaya yang bakal aku bina sebaliknya juga buat keluarga. Aku bukan pelajar yang tercorot sewaktu sekolah juga bukan pelajar paling cemerlang. Tapi aku yakin. Niat untuk menjadi ibu dan surirumah berilmu itu mampu untuk menjadi bekal dalam mendidik mereka. Bakal amanah aku.
Persiapkan diri dengan ilmu 'kedoktoran' supaya boleh jadi 'doktor' terbaik untuk keluarga. Jadi belajar perlu dari sekarang. Membaca. Kunci kepada ilmu. Sebab itu aku perlu menggali-gali ilmu yang aku tak dapat dalam kelas formal aku selama aku belajar dalam sistem pendidikan Malaysia. Persiapkan diri dengan ilmu fardhu ain. Supaya aku lebih yakin mendidik keluarga. Ohh banyaknyaaaaa. Kau pilih jalan ini kan ciklilah? Kau sedia dan hadapi dengan sebaiknya!
Moga Allah tunjukkan dan permudahkan jalan.
Moga Allah capaikan hasrat aku.
aameen ya Rabb! ^__^
RASULULLAH S.A.W memuliakan dan mengangkat darjat surirumah berilmu..
ReplyDeletetidak kiralah fulltime surirumah @ fulltime surirumah n part time di tempat kerja..semuanya bergelar surirumah..
maka...tidak wajarlh kaum ADAM meletakkan surirumah ini di level ke-2 dgn memperkecilkan kehebatan mereka..
jika mahukan SURI sehebat UMMUL MU`MININ SITI KHADIJAH..
maka....
jadilah PENDAMPING SETIA SEHEBAT KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W..
-UMMU-
Agree! Bila bergelar isteri dan ibu, tidak boleh tidak akan sentiasa berfikir mengenai keluarga. Walau part time di tempat kerja, jiwanya masih surirumah sepanjang masa.
ReplyDeleteSurirumah yang aktif. Berfikir jauh ke hadapan dan lebih kreatif! Well, women's power kan. :D
yeesss..mmg hebat..
ReplyDeleteRasulullah s.a.w adalh gedung segala sifat2 kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dgn didikan-Nya yang t`baik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda dgn memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Suri@Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan Rasulullah s.a.w bukan sekadar lakonan di hadapan manusia, tetapi dibuktikan kpd SURI@ISTERI baginda iaitu KEKASIH HALAL pendamping setia baginda.
Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Wlupn Rasulullah s.a.w seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di dalam jiwa dn dirinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakn lalu suami masakini mggmbrkn dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah s.a.w yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkn umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
SO SWEETTTT....
mg kita dikurniakan suami seromantis Rasulullah s.a.w..
AMIENN YA RABB
-UMMU-
yeyyyy! kawen cepat... #eh
ReplyDeleteummu : aameen ya Rabb. Moga Allah makbulkan. ok berangan jadi surirumah cemerlang! hehehe
ReplyDeletewani : ehem! mohon doakan. :D
felicitatie
ReplyDeletemoge Allah jullie zegenen
pas op
lachen altijd
..
ramen: meaning?
ReplyDeleteRefer cik gogel.huhu
ReplyDeleteje vois. je vous remercie.
ReplyDeleteQu'Allah vous bénisse.
être heureux. TOUJOURS. ^__^
p/s: Je sais qui tu es