Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
30 Mei 2013
9.00 am
Pembentangan Projek Ilmiah Tahun Akhir.
Hari ini adalah hari pembentangan projek tahun akhir. Yes. TAHUN AKHIR. Macam tak percaya dah 4 tahun menuntut dekat UPM, beraktiviti, berukhwah, berorganisasi dan macam-macam 'ber' lagi. hehe
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lebih yakin dan bersemangat berbanding semester lepas. Faktor utama? Rasanya sebab projek dah selesai. Makanya dah faham apa sebenarnya yang dikaji sepanjang 2 semester ni. Penat. Letih. Stress. Serabut. Menangis. Ketawa. Ceria. Duka. Macam-macam rasa sudah dilalui. Kadang-kadang ada juga makan sehari sekali. Sampai sakit-sakit pun ada. Penangan FYP.
Dear SV,
Ampunnn untuk semua benda merepek yang saya buat. Terima kasih atas kesabaran, tunjuk ajar, kegigihan, bantuan, biskut cream o, idea dan semangat! Dr tak bagi motivasi pon dekat kami yang kadang-kadang down ni. Tapi jujurlah Dr memang bagus! hehe
Dear partner,
Awak so nice awak tahu tak? Awak rajin, awak faham situasi saya yang kadang-kadang sibuk, kadang-kadang kurang sihat. Awak jugaklah yang selalu ingatkan saya untuk proceed dengan next measurement, ajar saya fitting graph, explain pada saya flow nak writing tesis.hehe
Dear rumet,
Awak memang tak membantu pun dalam projek saya. Tapi awak selalu temankan time saya buat tesis dalam bilik tu. Sebab awak ada keje. Kalau awak tak ada keje, saya yang jaga awak tidur. Kadang-kadang awak teman saya makan megi. Kadang-kadang saya tukang ajar awak guna MS word. Sweet la konon ni? :p
Dear everyone,
Thanks for all the doa and wishes. Thanks for the supports and advices.
Kurang 24 jam sebelum viva. cikmoja (partner yg baik dan rajin) - ciklilah - kamil - totoromalas - Dr. Nizam |
Selepas viva :) |
Selepas refreshment. Kami sedondon dengan SV! |
Viva selesai. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan. Kita semua sudah buat yang terbaik. Tinggal untuk kita tahu keputusannya. ^__^
Ganjaran untuk diri sendiri selepas viva? Ke bookstore! Habiskan baucer buku dan beli buku yang dah lama sangat dalam wishlist. heee
Aspalela...lambatnya ko. Habis Viva baru nak habiskan baucer buku. Jikalau hamba tahu dikau masih ada baucer, dah lama....tuuut :)
ReplyDeleteSalam sayang.
ahahaha! ni kes aim satu buku tapi tak jumpa2. so, bila dah nak abes baru pulun mencari buku tu. puasa shopping buku, pastu berbuka beli buku. sangat puas! ^__^
ReplyDelete