1st Pregnancy : Suntikan Tetanus (ATT)

Assalamualaikum warahmatullah!

Awal bulan Ogos lepas, aku kena ambik suntikan anti tetanus yang juga dipanggil ATT. Suntikan ni biasa orang kata vaksin kancing gigi. hehehe nurse yang biasa cek aku waktu check up bulan 7 tu tak ada pulak bagitau nak cucuk aku next appoinment. Makanya, tak sempatlah aku nak study pasal apa benda ATT ni ha.

Dipendekkan cerita, bila masuk bilik rawatan biasa tu, nurse pun jalankan pemeriksaan rutin. Cek abdomen, tengok usia kandungan, cek tekanan darah dannnn "ok hari ni awak kena ambik vaksin kancing gigi ye" aku pon terus krikk krikk krikk sebab tak tahu apape pasal benda tu. hahaha maybe nurse perasan level 'blur' aku, dia pun cerita sikit sambil tangan lincah menulis dekat buku pink aku. So, ada sedikit maklumat dia bagi dekat aku as below okeh.

Apa suntikan tetanus ni?
Macam aku bagitau dekat atas tadi, suntikan ni adalah vaksin untuk mencegah jangkitan tetanus. Bahasa mudahnya, mencegah kancing gigi. Punca terjadinya kancing gigi ni adalah daripada jangkitan kuman (tak tau nama kuman tu =.=) yang merosakkan saraf kita dan boleh menyebabkan kekejangan dan maut. Sebab tu orang kalau kena kancing gigi ni, badan macam kejang habis. 

Penting ke ATT ni?
Selain dari tawakal kepada Allah supaya ibu dan anak selamat, pengambilan ATT ni pun salah satu usaha pencegahan bagi mengelakkan jangkitan kuman tu. Kalau tanya aku, pentinglah hoi. InsyaAllah suntikan yang kita ambik tu akan membentuk antibodi pada badan ibu dan anak yang dikandung bagi mengelak dari berlakunya perkara yang tidak diingini. 

Macam mana boleh kena jangkitan kuman ni?
Nurse yang cek aku bagitahu, waktu bersalin nanti, kebanyakan peralatan yang digunakan adalah dari besi. Walaupun peralatan dekat hospital insyaAllah dijamin bersih dan bebas infection, langkah berjaga-jaga juga perlu diambil. Lepas tu, nurse ada cakap jugak. Kalau ditakdirkan tiba-tiba bersalin dekat rumah ke, dalam kereta ke, mungkin ibu lebih terdedah dengan kuman-kuman ni. Sebab tu langkah pencegahan awal ni diambil. haaaaaa gitu!

Berapa kali suntikan ATT kena ambik?
Untuk kehamilan pertaman, kena ambik 2 kali. Aku kena suntikan pertama masa check up bulan 8. Suntikan kedua adalah pada check up seterusnya iaitu bulan 9 pulak. TAPI bagi kandungan kedua dan seterusnya, ibu hanya diberi satu kali suntikan sahaja. Biasanya bila kandungan dah stabil (trimester kedua) baru nurse akan bagi suntikan ATT ni. Aku kena waktu mengandung 21minggu (lebih kurang 4 bulan).

Sakit tak masa suntik ATT?
Aku memang jenis tak takut jarum dan dah lali dengan kerja cucuk mencucuk ni. Yelah, dah tiap bulan check up kena ambik darah kan. hehehe alhamdulillah, aku tak rasa sakit sangat. Tapi memang bila vaksin tu masuk je, terasa jugaklah keperitan dia sikit. Lepas tu, terus rasa lenguh tangan. haha nurse yang buat tu pesan suruh tahan nafas masa dia nak cucuk masuk vaksin tu. Efektif jugak sebab kurang rasa sakit dia. Next suntikan, aku try tak tahan nafas (nafas macam biasa) memang lebih perit rasa sakit tu..wuwuwu

Kesan lepas kena suntik ATT?
Based on pembacaan aku dan pesanan dari nurse, akan ada rasa lenguh yang amat dalam tempoh 2-3 hari macam tu. Bagi kes aku pulak, alhamdulillah masa first injection tu tak rasa apape. Memang rilek je buat itu ini, tak ada rasa lenguh langsung. Second injection tu baru aku ada rasa lenguh dan sakit area tempat kene cucuk tu. makan masa 2-3 hari jugaklah. Ada kes lagi dahsyat, sampai demamlah si ibu lepas ambik ATT. Kesimpulannya, bergantung pada diri dan rezeki masing-masing Allah nak bagi rasa macam mana. heee

Sekian bebelan aku pasal ATT ni. Tak teruk mana pun ATT ni sebenarnya. Nasib aku tak baca sebelum kene cucuk. Sebab ramai betul komen kata sakit sampai demam lah, nangis lah, macam-macam. Boleh melemahkan motivasi aku betul. hahaha


1st Pregnancy : Buka buku pink! :D


Assalamualaikum warahmatullah!

Haaaa! Untuk semua bakal-bakal ibu, buat buku pink ni perlu sanga ok bila tahu kita mengandung. Buat dekat klinik kerajaan of course. Kalau buat dekat klinik swasta, buku dia warna lainlah agaknya. hehehe

Bila nak kena buat?

  • Bila kita buat UPT dekat rumah dan tengok keputusannya positif, seeloknya terus pergi ke klinik kesihatan atau klinik desa terdekat untuk buat pengesahan bahawa kita mengandung atau tidak. Tapi macam dalam kes aku, aku pergi klinik swasta je sebab pegi waktu malam lepas suami habis kerja. hehehe
Apa dokumen yang perlu dibawa untuk buat buku pink?
  • Ok. Untuk dokumen ni mungkin berbeza mengikut klinik tempat masing-masing. Tapi, basically klinik akan minta kita bawa sijil nikah, kad pengenalan suami & isteri (yg ni memang selalu bawa kan?hehe), bil utiliti macam bil air atau bil elektrik (tujuannya nak tahu alamat tempat tinggal kita supaya nurse boleh buat rawatan susulan dekat rumah bila perlu)
Lama tak masa yang diambil untuk buat buku pink ni?
  • Jawapan untuk soalan di atas adalah tidak tentu. Bergantung kepada klinik masing-masing. Macam waktu aku buat dulu, tak lama sangat tapi memang lebih sejam jugaklah. hehehe Mula-mula sekali kena ambik darah. Tujuan ambik darah ni adalah untuk dapatkan maklumat darah jenis apa, rhesus positif atau negatif, ada HIV atau tak. Lepas tu, kena buat ujian air kencing untuk tengok samada kita ada kencing kotor atau tak. Ukur berat dan ketinggian untuk dapatkan BMI kita sewaktu mula buka buku ni. Ini pun penting sebab berat badan ibu mengandung sentiasa dipantau untuk mengelakkan ada masalah kesihatan lain macam darah tinggi dan diabetes. 
  • Selesai semua tu, baru kita akan masuk bilik nurse untuk dapatkan konsultansi dari beliau. Nanti dia akan bagi maklumat awal berkenaan penjagaan kandungan, tanda-tanda keguguran, penjagaan pemakanan dan sebagainya. Kemudian, kita kena tunggu giliran untuk jumpa doktor pula. Ini adalah wajib sebab doktor akan scan perut untuk tengok kedudukan baby dan uri dalam rahim.
Oh! aku buat buku pink ni waktu kandungan dah 12 minggu lebih kurang. Ada je yang buat lebih awal sebab waktu dia buat pengesahan kehamilan dekat klinik kesihatan, terus boleh buat buku pink.


1st Pregnancy : Scan baby buat kali PERTAMA!

Assalamualaikum warahmatullah!

Ramai orang ada tanya bila seseorang itu mengandung. Scan dah? Dah tau jantina baby (melalui scan)? Yang paling penting sebenarnya ialah, bila boleh scan? hehehe masa awal-awal tahu aku mengandung (5 minggu kehamilan), suami call kak ipar tanya macam mana nak buat check up, upt, dan benda-benda yang perlu dibuat awal-awal pregnancy. So, kak ipar aku bagitau bila boleh buat buku, scan baby, dan macam-macam lagi. Dipendekkan cerita, suami ajak buat scan masa minggu ke-11 kehamilan. Itu pun lepas dia tanya kawan-kawan dia klinik mana area sini yang ok dari aspek perkhidmatan, dan yang penting jantina doktor. hehehe

25 MEI 2015
Isnin sebelah pagi tu, aku dan suami terus ke Klinik Melati Utama, Taman Melati. Klinik ni sederet dengan Tudung Abu Dhabi, Imadi Pet dekat Petronas Taman Melati tu. Tujuan scan awal-awal ni sebab nak tengok sama ada kandungan aku normal atau tak. Kak ipar aku pesan, penting sebab takut kandungan luar rahim pulak. Alhamdulillah kandungan aku normal. Doktor bagi dengar jantung baby. Punyalah laju macam time aku tengah terkejut. hehehe tapi doktor kata normal jugak. So, aku baru tau yang banyak aku kena belajar lagi ni. hehehe

Masa scan tu, macam jakun lah sikit suami isteri dua orang ni kan. Mata aku dok pandang screen monitor tu je tengok. Suami aku sangat banyak tanya sambil tengok screen yang sama. Tanya saiz baby, movement baby etc. Suddenly, baby tu lompat kemain tinggi lagi. Terus suami bawak keluar fon nak rekod. hahaha Aku gelak je lah. Nampaklah muka teruja suami. Macam ni rupanya pengalaman pertama mengandung ek? Banyak yang first time dalam hidup akan dilalui. ^_^


p/s: memandangkan suami aku suka main badminton, dia kata baby tu lompat sebab tengah praktis 'jumping smash'. ok lah..jumping smash pon bolehlah nak. Nanti keluar, jadi partner ayah awak training badminton ye. hahaha

1st Pregnancy : Baby Gerak (kick)!

Assalamualaikum warahmatullah!

Biasanya orang akan tertanya-tanya bila ibu akan mula merasa gerakan baby. Menurut pembacaan aku, gerakan tu kita dapat rasa berbeza mengikut individu. Bergantung kepada kehamilan sulung atau tidak, saiz badan, kulit perut tebal atau tidak dan macam-macam lagi. Kalau anak sulung, biasanya lambat sikit dapat rasa pergerakan baby memandangkan rahim baru pertama kali mengembang dan tak biasa dengan keadaan baru. hehe

Rezeki aku dapat rasa gerakan baby yang pertama waktu hari terakhir Ramadhan, selepas Asar. Aku rasa letih sangat lepas Asar. So aku baring kejap dekat dalam bilik. Tiba-tiba rasa ada benda gerak dalam perut. Aku yang blur ni dok gelakkan diri sendiri je sebab aku fikir tak kan aku lapar sangat sampai angin dok gerak dalam perut dengan agak dahsyat. haha Pastu aku perasan perut aku berombak sikit. Gerakan yang aku ingatkan angin tu pun aku rasa lagi dua tiga kali. Ok. Confirm! Tu movement dari baby dalam perut.  Terus sengih sorang-sorang. Teruja hokay!

Perasaan? Ya Allah excited sangat sampai aku kejor suami yang tengah mesin rumput kat laman rumah. Terus cerita kat dia. Hahaha tak menyempat betul. Malam raya tu, bila suami cuba nak rasa gerakan tu, tak dapat rasa pun gerakan baby. Biasalah, segan dengan orang baru. Haha dengan aku je tak segan sebab dah biasa. :p anak mak kot nanti awak ni sayang. hoho

Gerakan baby ni kena rekod. Tapi bila kandungan masuk usia 28 minggu. So selagi belum masuk 28 minggu, rilek je lah layan baby dok main-main kat dalam tu. Tujuan kena rekod pergerakan baby ni adalah untuk pantau keadaan baby sama ada aktif atau tak. InsyaAllah aku akan update pulak pasal cara rekod gerakan baby ni ye.

Oh ye! aku dapat rasa gerakan pertama baby yang halus macam ada tak ada tu waktu kandungan usia 18 minggu. ^_^

1st Pregnancy : Puasa dan Mengandung?

Assalamualaikum warahmatullah!

Rezeki tahun ni dapat puasa dengan status baru sebagai isteri dan bonusnya, mengandung. Alhamdulillah. Sebelum Ramadhan menjelang tiba, aku dah gelisah tak senang duduk. Selalu google untuk dapatkan info dan panduan puasa sewaktu mengandung. Maklumlah, waktu puasa ni, kandungan aku masih dalam fasa awal kehamilan dan alahan aku tak hilang lagi. Setiap hari masih muntah-muntah walaupun tak seteruk dulu sampai tak larat nak bangun.

Sebelum puasa, aku ada buat check up dekat Klinik Melati Utama untuk dapatkan surat sokongan doktor (sebab aku nak tangguh semester since projek aku tergendala kesan alahan yang teruk). Alang-alang tu, aku terus tanya doktor apa yang patut aku makan memandangkan aku biasanya akan 'lembik' mula lepas Zuhur. Doktor sarankan aku makan serat, protein dan buah.

Antara pesanan doktor:

  • Kalau sahur tu biasanya makan nasi, awalkan sikit dalam pukul 5 atau lebih awal.
  • Lepas makan nasi, boleh makan biskut atau roti sebagai sumber serat. Sebab serat ni badan lambat hadam, insyaAllah kita rasa kenyang lebih lama.
  • Biasakan makan kurma sebab kurma ni tinggi serat.
  • Banyakkan makan buah-buahan untuk elakkan sembelit since kita tak banyak minum air siang-siang kan.

Tu antara pesanan dari doktor yang aku ingat dan aku buat. hehe maybe ada yang aku tertinggal tapi yang aku senaraikan kat atas ni insyaAllah membantu. Tapi mungkin jugak tips atas ni sesuai untuk yang mengandung dalam fasa awal kehamilan sebab baby tak besar lagi. Kalau dah masuk trimester kedua atau ketiga, mungkin ada cara lain yang lebih sesuai. hee

Cuma, kesimpulan yang aku boleh buat, kalau kes selalu/cepat lapar tapi tak lalu nak makan banyak sangat ni (macam kes aku ni lah), banyakkan makan buah pun ok. Especially kurma. Aku banyak makan kurma, jambu batu dan epal. Macam sedap je buah tu padahal sebelum ni tak ada nak hadap sangat. hahaha Air jangan lupa! Aku ni memang jenis kuat minum air. So, alhamdulillah tak dehydrated sangat siang-siang tu. ^_^

1st Pregnancy : Muntah Hijau Sewaktu Mengandung

Assalamualaikum warahmatullah!

Muntah-muntah ni merupakan antara perkara paling common untuk ibu-ibu mengandung terutamanya pada trimester pertama kehamilan (1-3 bulan). Faktor utama adalah disebabkan perubahan hormon pada badan. Perempuan ni adalah satu kejadian yang memang kompleks. Cerita bab hormon je dah banyak weh. Bila mengandung ni, perubahan hormon sekali lagi berlaku. Badan cuba untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini dan menyebabkan beberapa tindak balas termasuklah muntah-muntah, pening, sakit kepala dan macam-macam lagi.

Disebabkan keadaan yang agak meletihkan ini, biasanya ibu-ibu mengandung akan kurang selera makan. Dah lah kurang selera makan, bila makan je muntah balik. Memang memenatkan. Aku dulu kadang-kadang sampai malas makan. Jadi tak larat nak kunyah makanan. Nak makanan yang lembut senang telan macam bubur nasi dan MAGGI. Hahaha Memang ada makan maggi sebab itu yang ok dengan tekak dan aku boleh makan tanpa rasa nak terkeluar balik.

Ok back to the story. Keadaan muntah-muntah yang berterusan ini menyebabkan ibu-ibu lebih banyak berehat dan kurang makan. Kesannya, perut akan dimasuki angin dan alahan yang sepatutnya mula beransur pulih apabila memasuki trimester kedua, masih lagi berterusan.

Kalau kita terus biarkan perut kosong kerana tak makan, maka kemungkinan untuk muntah air sehingga keluar cecair warna kuning / hijau akan berlaku. Jangan risau. Tak bahaya pun kalau muntah macam tu. Kalau muntah keluar cecair kuning, tetap bermaksud perut kita kosong tapi masih lagi ok sebab tak betul-betul kosong. Tapi kalau sampai keluar muntah hijau macam aku ni, memang perut kosong sangat-sangatlah! Apa pun tak ada dalam perut untuk dicerna. Tu pasal keluar hijau tu.

Benda hijau dan kuning tu merupakan cecair yang disebut sebagai 'bile' atau jus hempedu dalam bahasa kita. Fungsinya adalah untuk mencernakan makanan dalam perut. Tapi bila perut dah kosong, dia pun tak ada benda nak cerna maka keluarlah dia. Biasanya melalui muntah since angin yang dalam perut ni tolak habis semua keluar.

TAPI. Seandainya muntah yang berterusan, jangan pandang mudah tau. Sebab takut sampai dehydrated akibat kurang air dalam badan. Yelah, dok muntah sampai ke sudah tapi makanan tak masuk pon. Jaga diri ok para ibu sekalian.

Belajar dari pengalaman sendiri, seeloknya kita cuba makan walaupun sikit. Sekurang-kurangnya biskut atau roti. Muntah balik pun tak apa asalkan perut tak kosong. Kalau tidak, muntah hijau keluar. Kemain pahit oii. Siyes rasa lekat kat tekak. Aku taubat dah wehhh.

1st Pregnancy : Alahan yang tak tertahan :'(


Assalamualaikum warahmatullah!

Cerita bab alahan sewaktu mengandung memang macam-macam. Ada orang yang tak kena sebarang alahan tapi ada orang yang kena alahan teruk. Ada orang yang kena alahan sepanjang kehamilan 9 bulan dan ada jugak yang kena sewaktu awal kehamilan sahaja (yang ni normal sebab perubahan hormon). Yang paling best, suami yang kena alahan tapi isteri rilek je tak kena alahan (aku harap aku kena yang ni :p).

Rezeki mengandung kali pertama ni, aku kena alahan yang agak teruk. Kenapa 'agak' teruk? Sebab aku rasa ada yang kena lagi teruk dari aku. hehe Aku cuba psiko diri sendiri yang aku ok. Sebab doktor laki kat klinik yang aku pergi sebelum ni (refer previous entry) kata, biasanya bila tahu je tengah pregnant, terus datang alahan. Macam nak kata kita orang mengandung ni saja je mindset ada alahan. Cehhh! So aku try mindset lah jugak. Kononnya nak cakap yang aku kuatlah, tak kena alahan. hehe tapi dalam 2 minggu lepas confirmation aku pregnant, aku kena alahan. 

Aku tak ada morning sickness. Lebih hebat, aku kena all-day sickness. HAHA mula-mula aku gagah lagi nak masak, buat kerja rumah macam biasa. Tapi ada satu hari tu aku dah mula alahan. Kisahnya, ada satu weekend ni, aku dengan suami pergi pasar beli barang dapur termasuklah barang mentah macam ayam semua tu. Tapi bila masuk je area ayam, ikan tu, aku rasa pening macam nak pitam dah. So, kitorang cepat-cepat shopping apa yang tak beli lagi pastu terus masuk kereta.

Hari isnin, aku nak masak lunch. Aku siang ikan keli yang suami dah beli weekend lepas, pastu goreng. Ok tak ada masalah. Tapi bila aku blend semua bawang, cili dan geng-geng mereka untuk buat ikan keli berlada, terus aku rasa pening yang tak tahan. Aku stop, terus terjelepok kat bantal. Memang terus tak sambung masak apa-apa pun. Aku memang jadi tak larat sangat. Kepala jadi berat, badan tak sedap. Alhamdulillah aku sempat masak nasi dengan goreng ikan. Lunch aku yang aku bajet syok lah dapat makan pedas-pedas ada merah-merah bertukar menjadi hitam sebab berkuahkan kicap je. hihihi aku whatsapp suami bagitau dia. Sepanjang hari aku cuma duduk dan baring je. Banyak bersandar dan berehat sampailah suami balik kerja. Bila dia balik pastu makan, kesian pulak tengok dia makan ikan keli goreng je. Tu pun dah tak sesedap masa panas-panas tengah hari tadi. huk huk waktu tu aku dah mula perasan yang aku tak boleh bau benda-benda menumis macam bawang dengan cili ni. Pastu aku tak boleh tengok daging mentah macam ayam, ikan, daging lembu etc. CONFIRM akan loya tekak, pening datang. T_T bila bukak peti ais, tak boleh pandang freezer sebab nanti nampak ayam. huhu

Situasi macam ni berterusan lama sangat. Aku jadi tak larat, suami pergi kerja dengan balik kerja aku tak layan. Aku bangun untuk pergi toilet, makan, solat. Masak memang langsung tak. Hari-hari suami pergi beli sarapan dulu untuk aku sebelum dia pergi kerja. Balik kerja pun dia belikan makanan siap-siap untuk aku. Biasanya aku kena mention aku nak makan apa sebab tak semua aku boleh makan. Ikut tekak aku rasa nak makan apa je. Itu pun biasanya aku tak habis makan. Kadang-kadang tak sampai separuh pun.

Ada satu hari tu suami balik makan telur dadar dengan sayur goreng. Dia masak sendiri berpandukan guideline dari aku (untuk goreng sayur je lah). Tapi masa dia start je masak, bau tu terus buat aku loya, pening, macam-macam. Tak boleh tahan! Tergolek balik aku kat bantal yang sentiasa ready bersama aku. hehe

Aku selalu muntah. Biasanya malam. Sebelah siang aku rasa tak selesa je. Tapi tak boleh nak muntah. Sebelah malam, memang meriah aku muntah. Ada satu hari aku termuntah dekat ruang tamu keluar air banyak sangat macam air paip. Suami aku jugak yang tolong bersihkan lantai dengan baju-baju aku yang penuh dengan muntah. Ya Allah! aku menangis time tu jugak sebab terharu campur kesian dengan suami yang baru balik kerja, isteri tak jamu makan tapi tambahkan lagi kerja dia nak cuci muntah aku yang bersepah T_T aku tau perut aku masuk angin sebab aku tak makan banyak since aku tak larat nak masak, biskut dengan roti pun tak selera nak jamah. Kesannya, aku muntah hijau. Ini serius. Muntah hijau tu nanti aku cerita dekat next entry insyaAllah. 

Satu hari, suami ambik half day nak bawa aku pergi klinik untuk scan (nak confirm kandungan normal dan sihat sebelum bukak buku merah) sekali refer masalah alahan aku ni. Kitorang pergi klinik dekat Taman Melati. InsyaAllah nanti aku review pasal klinik ni. =) Doktor tu perempuan. Lepas scan, suami cerita masalah alahan aku. Doktor tu pelik sebab sepatutnya aku dah kurang muntah-muntah ni (sebab nak masuk 2nd trimester) dan suspek perut aku masuk angin sebab banyak skip makan kesan dari alahan. Doktor pun bagi aku ubat angin (rasa dia macam pudina, sedap!). Alhamdulillah lepas makan ubat ikut jadual, alahan aku jadi lebih baik cuma aku tak boleh gosok gigi. Confirm aku muntah lepas gosok gigi tapi tak teruk la. Muntah apa yang aku makan pagi tu (contoh kalau bangun pagi tu minum air, nanti aku muntah air). So, aku gosok gigi pun ala kadar je, tak boleh lama-lama. Heee

**********

Aku pernah menangis sebab aku risau baby tak dapat zat yang dia berhak dapat kesan daripada aku asyik muntah lepas makan. Tapi suami aku kata sabar, doa banyak-banyak supaya Allah pelihara baby. Alhamdulillah aku slowly kuat semangat dan mula biasa dengan rutin muntah-muntah ni. hihihi makin lama, aku mula tau cara nak control muntah dan cuba paksa diri makan sikit asalkan berterusan.

Jujurnya, sepanjang tempoh alahan, aku dapat tengok kesabaran suami aku. Aku syukur Allah bagi pinjam suami yang penyabar, penyayang dan sentiasa build up semangat aku. Alhamdulillah! Semoga Allah balas setiap kebaikan abang dengan sebaik-baik kebaikan dan syurga tertinggi sebagai ganjaran tertinggi. Ameen ya Rabb!


1st Pregnancy : Alhamdulillah, aku pregnant!

Assalamualaikum warahmatullah!

Alhamdulillah bulan April lepas, aku disahkan hamil anak pertama. Tak terfikir langsung aku mengandung sebab 3 bulan pertama perkahwinan, memang ternanti jugaklah kan. Lepas tu, biarlah. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada, belum ready nak jadi mak lagilah maknanya tu. hehehe

Tanda-tanda seseorang tu mengandung ada banyak sangat. Ada yang lambat datang bulan, tiba-tiba kuat makan benda masam, cepat penat, ada yang terus muntah-muntah, demam dan macam-macam lagi. Nak dijadikan cerita, aku lambat datang bulan dekat seminggu jugak. Aku tak terfikir langsung kemungkinan yang aku pregnant since macam aku cakap awal tadi, dah lepas fasa ternanti-nanti tu. hehe 

Kisahnya bermula waktu aku balik Klang. Rumah family aku. Ayah suruh balik sebab ada event dekat rumah. Bukan event apa pun. Gotong-royong cegah denggi je. HAHA Alhamdulillah kawasan kejiranan aku memang meriah dengan aktiviti gotong-royong, rewang dan yang seangkatan dengannya. So, kami suami isteri pun balik Klang. Tau sangat kenapa ayah suruh balik. Nak suami aku beramah mesra dengan jiran-jiran lain lettewwww. hik hik hik 

**********

12 April 2015, 
Semua sibuk bergotong-royong. Kitorang yang perempuan ni biasalah, duduk readykan sarapan pastu jaga 'kaunter' makanan dan minuman. Kaunter lah sangat. Meja lipat macam kat kedai makan tu je pun. Hidang ala buffet je ha. hehehe Pastu tetiba jiran belakang rumah datang (ayah suruh datang makan sekali). Beliau ni tauke nanas. Ada kebun nanas sendiri. Maka, beliau bawa bersama 2-3 biji nanas untuk dimakan bersama-sama. Aku terliur betul tengok sebab aku memang sangat suka makan nanas lagi-lagi nanas yenki ni. Dah potong semua, aku pon nak ambik sepotong tapi suami tak bagi. Dia suruh hold dulu sebab teringat aku lambat datang bulan. Ok. Aku sedih. Serius aku sedih amat! Lamaaaaa sangat tak makan nanas woi. Sekali nak makan, tak boleh. wuwuwu

Lunch. Selesai semua makan, aku pun nak kemas-kemas. Ayah aku hulurlah nanas kedua yang dipotong kat aku. Ayah tau aku suka nanas. So beriya benor dia hulur pastu cakap sedap, manis. Aku dah tergedik nak ambik. Elok je suami aku bangun pegi toilet, aku bagitau mak aku yang aku lambat datang bulan masuk hari kelapan. Suami tak bagi makan sebab takut aku pregnant. Mak senyum je. Pastu mak cakap.
"Kalau dah sampai 8 hari tu, lekat dah lah tu"
Aku tak tau nak bagi reaksi macam mana. Tapi sebab nak sangat makan nanas tu, aku tanya mak boleh ke tidak makan nanas. Lalu mak tersayang memberi jawapan yang aku suka!
"Makan je lah. Sikit je tak pe. Kalau rahim tak kuat, tu yang senang gugur"
Aku pun apa lagi. Terus capai sepotong dan makan slow je menikmati rasa dia. Ya Allah! sedap sungguh nanas tu weh! Elok aku dah makan separuh, suami keluar toilet nak masuk solat Zuhur pastu terkejut tengok aku tengah makan nanas. Aku pon quote apa yang mak cakap. Suami aku pun sengih je lah tengok isteri dia yang macam budak-budak dapat aiskrim. kih kih kih

 **********

13 April 2015,
Suami aku pergi kerja pagi tu. First day dia masuk kerja dekat Hot Burger Malaysia. Aku duduk rumah macam biasa. Suami balik time dekat maghrib jugaklah. Masa aku nak masuk toilet tu, tiba-tiba dia hulur urine pregnancy test (UPT) suruh try. Aku gelak dahsyat time tu sebab macam tak percaya sungguh suami aku ni pergi beli. Suami aku blur je tengok isteri dia macam tak betuk time maghrib. hehehe 

Demi usaha menjadi isteri solehah, aku pun teruslah buat test tu. Ok. Honestly, masa buat test tu, aku nervous sangat! Makanya aku letak kat tepi dan tak tengok langsung. Pelik jugak sebab aku rasa aku tak pregnant dan insist dengan suami tak payah buat sebab aku tak pregnant. Tapi nervous dia tahap tak boleh tahanlah nak tunggu result. Yang lebih pelik, aku memang dah tau kalau keluar dua line tu maknanya positive tapi aku blur sungguh. Keluar toilet je aku tunjuk dekat suami pastu dia tanya dua line ni maknanya apa? Aku jawab, pegi refer kat manual. Pastu baru aku sengih. << dah normal lah tu maknanya, tak blur dah. HAHA On the spot si suami syukur sampai meleleh air mata! Rezeki Allah nak bagi tu kita tak duga sungguh. Hari pertama masuk kerja, dapat berita isteri pregnant pulak. Mana tak terharu dengan kasih sayang Allah?

**********

14 April 2015,
Suami bawa pergi klinik dekat setiawangsa. Untuk buat confirmation yang aku pregnant dan dapatkan consultation untuk awal kehamilan ni. Doktor tu lelaki dan bagi aku tak membantu sangat. Dah lah bil mahal. hehe Dia boleh kata, makan je apa yang nak makan termasuklah air tebu, nanas dan makanan yang kita sedia maklum 'tajam' dan tak sesuai untuk fasa awal mengandung. Tapi dia maklumkan yang aku dah 5 minggu pregnant dan dijangka bersalin 15 Disember 2015. Alhamdulillah.
Terang benderang line. Alhamdulillah ^_^


Puan Already :'D

Salamun 'alaykum!

Alhamdulillah, dah lebih 7 bulan aku tukar title jadi puan. Macam tak boleh terima sebab blog aku still ciklilah. Hahahaha *mohon jangan mintak aku tukar link blog ni hokay :p*

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah! Aku macam tak percaya aku dah jadi isteri orang. Mula-mula memang kekok sikitlah. Rutin harian dah mula bertukar. Nak buat apa-apa tak boleh untuk diri je. Semua kena libatkan suami sama.

Kalau malas masak, kena fikir nanti suami nak makan apa pulak.
Kalau nak masak, ligat fikir suami suka makan apa. hehehe *sesi membodek*
Kalau nak keluar, tak boleh pakai keluar je. Kena minta izin dulu.
Kalau nak solat, biasa tunggu suami untuk imamkan. *kalau dia tak ada kat rumah tak apalah*

Jujurnya, menjadi isteri kepada seorang suami bukan sesuatu yang mudah. Aku mencabar diri sendiri untuk mengejar status isteri solehah. Hei, haruslah dapatkan status tu! Nak jadi ketua bidadari dekat syurga nanti hoi. hehehe InsyaAllah. Sama-sama doakan perkara yang baik-baik. Sebenarnya, hidup berumah tangga ni lebih banyak mengajar aku menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Pada diri sendiri, pada suami, pada masa, pada tugas di rumah, pada tanggungjawab sebagai pelajar, pada peranan sebagai anak, macam-macam lagi. Berat sikit kalau difikirkan semuanya serentak. Tapi slowly but surely, insyaAllah semua bawah kawalan.

Benda yang paling best lepas nikah ni, aku ada seorang loyal bestfriend merangkap soulmate. Semua benda aku nak kongsi. Tiada rahsia. Bebas nak minta pendapat on every single thing termasuklah susun atur kat dalam rumah.haha! Kadang tu sampai ke baju apa nak pakai pun, aku tanya dia. Ta'aruf berterusan sepanjang tempoh 7 bulan dan akan datang ni, menambahkan lagi rasa kasih sayang. Iyelah, orang kata tak kenal maka tak cinta kan. Dah nikah baru tahu perangai dia macam mana, ada yang dia tak suka, apa yang dia suka, apa rutin harian dia, cara dia bergaul dengan kawan-kawan dia, semualah! InsyaAllah aku mula belajar memahami sikit demi sikit. Keserasian, kefahaman, keharmonian tu bukan macam magik *pooffff* terus ada. Tapi semua tu memerlukan masa dan pengorbanan. Sebab itu aku rasa, fasa ta'aruf ni perlu berterusan dan antara benda yang penting dalam rumah tangga. Lagipun, manusia ni sifatnya berubah-ubah. Jadi, ta'aruf pon kena buat selalulah camtu.

I am sharing with you guys about this thing bukan semata nak tunjuk betapa syoknya kahwin. Sebab ada juga yang tak bahagia bila dah berumah tangga. Perkara penting yang aku nak highlight kan, perkahwinan memerlukan tanggungjawab dari kedua-dua pihak. Bukan semuanya indah. Tapi akan indah bila kita pandai mewarnai rumah tangga kita. As for me, proses perkenalan sesama pasangan perlu berlaku selalu. Secara tak langsung, kita dapat kenal sikit demi sikit perangai pasangan dan macam mula-mula nak bercinta pulak. Tanya 'nama awak sape?' 'awak belajar lagi ke dah keje?' 'awak memang hensem dari kecik eh?' HAHAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...