ikan pari asam pedas

oh! menu masakan mak tengah hari ini memang mengubat rinduku pada kegemaranku yang satu ini. IKAN PARI ASAM PEDAS ! aku? ada jugalah tolong sikit-sikit. HEHE. aku ingat lagi punca aku begitu gemarkan ikan pari. semua kerana ikan pari bakar yang mak buat. yang buat aku begitu tertarik tu bila terlihat susunan isinya yang begitu tersusun. saat itu apa yang aku terfikir ialah 'bagusnya tukang masak ni susun isi ikan sampai jadi macam ni' HAHAHA sangat naif waktu tu. berbeza pula kini. aku kagum bila melihat isi ikan kegemaranku ini dan menambahkan lagikekaguman aku pada penciptanya yang tidak lain tidak bukan merupakan Pencipta seluruh semesta.

aku tidak pasti puasa tahun bila tapi yang pasti ketika zaman aku sekolah rendah. ya ! sekolah rendah waktu tu. aku ikut nenek ke pasar. mungkin bazar ramadhan (oh aku ingat-ingat lupa lagi). nenek bertanyakan lauk yang aku ingin jamah untuk berbuka nanti. terus mata aku tertancap pada ikan pari asam pedas. oh nenek ! saat itu juga nenek beli dan aku berbuka dengan sangat berselera.

saat itulah bermulanya kegilaanku pada ikan pari asam pedas. oh sebenarnya aku memang gemarkan ikan pari ! cuma kadang-kadang kalau makan di kedai, susah betul mahu jumpa dengan tukang masak yang bagus sungguh menyiang ikan pari hingga tiada lendir. mak, nenek dan...aku? aku perlu mengaku yang aku memang tidak yakin lagi untuk masak lauk-pauk ini. hanya mengacau-ngacau mak dan nenek masak, itu mungkin. untuk insan yang mahu merasaair tanganku, tunggu hingga anda dijemput kerana saat itu aku sudah yakin memasak ! HAHA


Aku Sayang Kamu

22 Julai 2010 genap usia adik bongsuku yang ke-12. Sungguh gembira suaranya ketika aku hubungi untuk mengucapkan selamat. Baru aku sedar adikku sudah semakin besar. Sudah mampu berfikir dengan akal yang lebih logik. Teringat segala tindak-tanduknya yang banyakmenceriakan hari-hari aku terutamanya di rumah. Bagi aku walaupun dia seorang yang punya kekurangan, semua itu tidak mematahkan semangatnya. Sungguh memang wujud perasaan kagum aku pada dirinya.

Begitu teruja suaranya menelefon meminta aku pulang ke rumah untuk makan bersama-sama sempena ulangtahunnya. Dalam hati ini, ada rasa ralat kerana tidak dapat memenuhi permintaannya. Doaku panjatkan pada Ilahi agar insan yang aku sayangi ini semakin kuat dan matang menempuh dunia akhir zaman. Semoga kekurangan yang dimiliki menjadi satu kelebihan yang ampuh untuknya berjaya dunia akhirat.

Aku teringat bagaimana kehadirannya dalam keluarga kami mewarnakan seluruh kehidupan yang sebelumnya sedikit suram setelah perginya arwah adik, (Muhd Nor Hakim). Segala tindak-tanduknya mengundang tawa di wajah kami lebih-lebih lagi mak dan ayah.

Adik, kamu insan istimewa yang diciptakan Ilahi. Semoga berjaya dunia akhirat dan terus menjadi permata yang tidak pernah pudar kerlipannya hingga kelihatan dari kejauhan. Doa dan harapan untukMu tidak pernah terhenti malahan terus dipanjatkan pada Yang Esa. Dia yang Maha Mengetahui setiap perkara yang baik untuk hambaNya. Semoga dirimu baik-baik sahaja! Ketahuilah ramai insan yang sayang padamu. Juga, AKU SAYANG KAMU !

harapan dan perubahan


diri merasakan sungguh tidak mampu memikul amanah dan tanggungjawab yang baru diberi. Apalagi bila melibatkan kepercayaan banyak pihak. Terasa mahukan ibu di sisi lantas ceritakan semua yang bersarang di minda sambil menatap wajah tenangnya. sudah tentu seperti biasa hati terasa ringan setelah mendapat respon ratu hatiku itu.

Sedikit takut apabila memegang jawatan yang sudah tersangat pasti memang sibuk dan perlukan komitmen yang sepenuhnya. Walau apapun, saya akan cuba lakukan apa yang termampu dan terdaya kerana saya yakin boleh ! Banyak perkara tiba-tiba muncul di minda yang mampu menjana kembali pemikiran.

Setiap sesuatu yang berlaku tersembunyi seribu satu kemanisan hikmah dari ALLAH. Aku teramat yakin dan pasti. Mengapa? Kerana itu adalah janjiNya dan janji itu tidak pernah dusta! Bagi aku,seorang pelajar yang masih belum cukup bijak dan matang mengurus hal kehidupan, inilah masanya untuk semua itu. Aku yakin ALLAH sedang mengajarku. Oh Tuhan, betapa kasihnya Engkau pada hambaMu sedangkan aku banyak melupakanMu.

Jauh di sudut hati aku mahu berubah. Dari satu fasa ke fasa yang lebih baik. Perubahan yang bukan sekadar berubah tetapi terselit beberapa misi yang hanya aku dan Dia sahaja yang mengetahui. Teman? Aku pernah menyuarakan hasrat ini padanya tetapi untuk berubah, itu perlu teguh berdiri di dalam hati dan bukan bergantung pada insan lain. Sesungguhnya ALLAH itulah sebaik-baik tempat bergantung harap.

Harapanku, semoga diri ini juga diri semua umat akhir zaman semakin teguh berdiri menghadapi liku kehidupan. Semua perkara yang berlaku adalah tarbiyah dari ALLAH yang mematangkan kita. Aku yakin itu !

wallahu'alam

Detik Itu


Setelah selesai membaca beberapa bab dalam sebuah buku tulisan pemilik blog www.langitilahi.com saya terpanggil untuk mencoretkan perkara yang saya kira elok untuk kita hayati bersama. Entah kenapa semasa menunggu rakan selesai solat ketika keluar ke The Mines petang tadi, hati saya terasa sayu bila membaca beberapa firman ALLAH yang beliau abadikan di dalam buku tersebut.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut ALLAH, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah keimanannya, dan kepada Tuhan merekalah sahaja mereka bertawakal.” (Al-Anfal:2)

Perasaan saya di saat itu terlalu sukar untuk diceritakan. Sungguh saya terasa mahu menangis, apalagi bila mata ini terus menjamah segala aksara yang bersatu menjadi kalimat dan kemudian tercipta ayat-ayat yang bergabung menjadi sebuah nukilan yang penuh pengisian. Akhirnya tercetus suatu perasaan sejuk ke dalam hati. Sangat sejuk dan damai.

Kita memang tidak seperti para sahabat Nabi s.a.w dahulu yang mana iman mereka begitu kuat dan kental. Banyak kisah-kisah dan riwayat mengenai para sahabat yang menangis terisak-isak apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH. Lihatlah bagaimana perasaan mereka. Terlalu jauh jika iman kita di zaman ini mahu dibandingkan dengan iman para sahabat. Ya Allah malunya diri ini. Hinanya diri ini. Kita digelar Rasulullah s.a.w sebagai umat yang sangat baginda rindui tetapi layakkah kita ini untuk dirindui insan semulia baginda?

Kadangkala menyebut nama ALLAH itu pun hanya ketika ditimpa musibah. Ketika hati senang dengan kebahagiaan dunia yang ternyata sementara, jarang sekali nama itu disebut apatah lagi bersyukur atas segala nikmatNya. ALLAH, terlalu hina diri ini. Selayaknya digelar hambaMu yang sentiasa bergantung kepadaMu! Walaubagaimana pun kita melupakan ALLAH, Pemilik kehidupan ini, Dia tetap terus melimpahkan kasih sayangnya kepada kita. Jantung masih diberikanNya upaya untuk berdegup, udara masih diberiNya untuk dihirup agar suatu saat nanti kita pulang kembali kepada fitrah seorang manusia. Mengaku hanya Dia tuhan yang satu. Hanya Dia yang perlu disembah. Hanya dia tempat bergantung harap.

Dari mana sebenarnya asal kita?

Apa tujuan kita hidup?

Ke mana kita akan pergi?

Semuanya adalah ALLAH. Kita diciptakan olehNya, hidup untuk beribadat kepadaNya dan kita akan kembali juga padaNya. Kita semua maklum akan ha litu tetapi masih lagi mengeraskan diri hingga menurut kata hati yang berimamkan nafsu. Mana fungsi iman kita? Hati itu boleh menjadi karat dan mati jika tidak kita suburkan. Hati belum lagi mati selagi kita masih terkesan dengan ayat-ayat Ilahi. Tetapi mungkin kita terus menjadi hamba nafsu sekiranya hati ini terus dibiarkan tenat dan tidak dibekalkan penawar. Marilah bersama kita menghidupkan hati supaya tetap sihat dan terus hidup. InsyaALLAH !


Amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban

Hadis :
Dari Aisyah r.a katanya :

Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.
(al-Bukhari)

Huraian :
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti
orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW :

"Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari
perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

kembali semula

1.04 pm waktu MALAYSIA, akhirnya selamat tiba di lubuk ilmu ini. Selepas 2 kali naik turun tangga mengangkut barang naik ke tingkat 3 dengan dibantu ibu tercinta dan sempat bergurau seketika sebelum mereka pulang ke rumah, semuanya selesai. Buat beberapa aku hanya duduk termenung memerhati semua barang yang perlu disusun seatur mungkin untuk meminimumkan ruang bilik yang memang sempit ini. Teman sebilik masih belumada tanda akan muncul dalam waktu terdekat. Inilah saatnya aku kemas bilik semahunya. Penyapu dan mop aku cari. Maka kerja-kerja pembersihan pun bermula. Langkah pertama : sapu lantai hingga anda benar-benar puas hati. Langkah kedua : mop lantai dengan floor cleaner (tapi aku gunakan softener sebab nak bau sahaja ^_^). Langkah ketiga : mop kembali menggunakan air bersih (nak bilas kalau ada sisa sabun etc.). Langkah keempat : tunggu sehingga kering. Lagkah kelima : sapu apa-apa yang tertinggal (rambut, sawang, habuk). SELESAI. Banyak sungguh langkah aku.HAHA. Asalkan aku puas hati dengan udara baru yang wujud dalam bilik ni.

Kerja seterusnya adalah memunggah barang-barang yang tersusun rapi dalam beg, kotak dan baldi aku. Memang sedikit ‘boing’ bila tiba-tiba hilang ilham yang aku cipta 10 minit sebelum ini. Disebabkan itu jugalah kerja yang sepatutnya hanya mengambil masa yang singkat berlarutan hampir 1 jam. Oh Tuhan! Aku pasti kerjaya aku sebagai pengemas yang cekap ketika cuti sem di rumah sedang menuju zaman kegelapannya. Selesai semua kerja, aku dapat menjejakisegalajenis barang yang aku TERTINGGAL di rumah kerana TERLALU YAKIN aku simpan di stor. Jadi aku mulamerangka perancangan untuk pulang ke rumah atau tidak pada hujung minggu ini. Dalam hati kuat berkata mahu keluar untuk . . . . . .

Abaikanlah bab hujung minggu tu. Nanti-nanti pon boleh dipertimbangkan lagi. HEHE. Melihat keadaan baru bilikku yang mula terserlah ‘keceriaan’nya walau tanpa aksesori hiasan tambahan dan cukup berpuas hati (hanya pada ketika ini), dengan muka bahagia aku mula merenggangkan segala otot dan sendi di atas katil yang tiadalah begitu empuk tetapi terasa amat selesa bila diri begitu memerlukannya. HOHO. Lelap seketika buat 5 minit, aku bangun membersihkan diri dan mulalah mencari makanan untuk fizikal yang dah mula memberontak mahu makan. Juadah pertama untuk tahun kedua pengajian aku : nasi goreng kampung berlaukkan ayam masak merah dan teh o ais laici. Sangat tak puas hati bila harga air naik!

Malam diisi bersama teman sebilik pula dan tiba-tiba satu panggilan telefon membawa aku terus ke kolej 13. LATIHAN DEBAT! Hampir terlupa sebenarnya. Reaksi yang sudah aku jangka dari mereka : “belum mula kuliah, dah sibuk dengan debat?” HAHAHA macam kalian tak kenal aku. Walau tempoh perkenalan tidak begitu lama tetapi aku tahu kalian maklum hal yang satu ini bukan? HEHEHE

Hari pertama di Kolej 12, UPM pada tahun kedua aku sangat menarik! (macam propa sangat bunyi. HAHA) seperti biasa, aku mahukan sesuatu yang lebih baik pada semester kali ini berbanding sebelumnya. InsyaALLAH. Sampai sini dulu.

Assalamualaikum warahmatullah .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...