ikan pari asam pedas

oh! menu masakan mak tengah hari ini memang mengubat rinduku pada kegemaranku yang satu ini. IKAN PARI ASAM PEDAS ! aku? ada jugalah tolong sikit-sikit. HEHE. aku ingat lagi punca aku begitu gemarkan ikan pari. semua kerana ikan pari bakar yang mak buat. yang buat aku begitu tertarik tu bila terlihat susunan isinya yang begitu tersusun. saat itu apa yang aku terfikir ialah 'bagusnya tukang masak ni susun isi ikan sampai jadi macam ni' HAHAHA sangat naif waktu tu. berbeza pula kini. aku kagum bila melihat isi ikan kegemaranku ini dan menambahkan lagikekaguman aku pada penciptanya yang tidak lain tidak bukan merupakan Pencipta seluruh semesta.

aku tidak pasti puasa tahun bila tapi yang pasti ketika zaman aku sekolah rendah. ya ! sekolah rendah waktu tu. aku ikut nenek ke pasar. mungkin bazar ramadhan (oh aku ingat-ingat lupa lagi). nenek bertanyakan lauk yang aku ingin jamah untuk berbuka nanti. terus mata aku tertancap pada ikan pari asam pedas. oh nenek ! saat itu juga nenek beli dan aku berbuka dengan sangat berselera.

saat itulah bermulanya kegilaanku pada ikan pari asam pedas. oh sebenarnya aku memang gemarkan ikan pari ! cuma kadang-kadang kalau makan di kedai, susah betul mahu jumpa dengan tukang masak yang bagus sungguh menyiang ikan pari hingga tiada lendir. mak, nenek dan...aku? aku perlu mengaku yang aku memang tidak yakin lagi untuk masak lauk-pauk ini. hanya mengacau-ngacau mak dan nenek masak, itu mungkin. untuk insan yang mahu merasaair tanganku, tunggu hingga anda dijemput kerana saat itu aku sudah yakin memasak ! HAHA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...