1 Ogos 2010. penat yang datang melawat untuk 2 hari akhirnya sampai di sini sahaja. sepupu yang paling sulung (sebelah mak) selamat melangsungkan majlis pertunangannya bersama err...aku tak tahu pulak nama tunang dia. HEHE. malam semalam ada sedikit majlis tahlil untuk kaum keluarga yang terlebih dulu pulang ke pangkuan Ilahi. terasa rindu pada arwah adik yang dapat melihat dunia hanya 4 bulan. arwah memang mempunyai rupa yang sangat mirip muka aku waktu bayi dulu. mak pernah cerita ayah sukar mengenal pasti jantinaku sewaktu baru lahir.oh terlalu lelakikah aku dahulu?
abaikan cerita di atas. nenek. dia merupakan insan yang amat aku sayang selain mak, ayah, dan dua orang lagi adikku. aku pula selalu diajaknya ke mana-mana yang dia mahu sewaktu kecil dulu. perkara sebegini sebenarnya yang membuatkan aku seronok sentiasa dengannya. oh ya, semasa bayi, neneklah yang menjaga aku selama lebih kurang 4 bulan kerana emak terlantar sakit selepas bersalinkan aku. aku kira disebabkan perkara ini juga nenek lebih senang menegur, menasihat dan kadang-kala membebel padaku. ada juga dia meluahkan rasa hatinya saat aku menghubunginya di kampung. sunyi barangkali tinggal sendirian disana tapi nenek memang selalu menyibukkan diri dengan pelbagai agendanya tersendiri.
usia aku kini hampir 20 tahun (19 tahun 10 bulan sebenarnya). mungkin pada pandangan nenek aku sudah sampai usia yang selayaknya untuk berpasangan. ada satu hari nenek katakan supaya jangan menangguh-nangguh urusan berkeluarga dan dikaitkan pula dengan usianya yang semakin meningkat. tersentap juga aku ketika itu. apa yang pasti, semuanya di tanganNya. serahkan segala urusan kembali padaNya. aku selalu optimis dengan janji ALLAH. sebaik-baik perancang, sebaik-baik pengatur segala urusan juga sebaik-baik Tuhan kepada setiapsatu hambaNya.
doaku, semoga nenek dipanjangkan umur dan dipenuhi segala hajat di hatinya. aku sayangkan nenek walau kadang-kala sukar untuk berbincang dengannya. namun, sedia maklum hati seorang tua memang mudah terusik dan lebih rapuh dari kaca. semoga bahagia dunia akhirat nenekku sayang !
No comments:
Post a Comment