1 Ramadhan


diri ini sudah mula merasai aura Ramadhan yang bakal hadir tidak sampai 2 minggu pun lagi. rindu? saya memang sukar untuk menggambarkan perasaan yang begitu abstrak dalam bentuk kata-kata. apa yang pasti memang saya sangat menantikan ketibaan bulan yang sangat khusus untuk setiap muslim beribadat di saat semua iblis dan syaitan dipasung kaki dan tangan mereka. bagi saya di sinilah perjuangan sebenar dalam melakukan sebuah jihad yang besar - jihad melawan nafsu. ya semestinya nafsu itu tidak dipasung kaki dan tangan ketika Ramadhan. jadi mungkin sukar untuk individu tertentu tetapi mudah bagi mereka yang ada fokus dan tujuan yang jelas. saya? Ramadhan = puasa sebulan. HAHA itu bukan maksudnya. seperti insan lain di atas muka bumi ini, saya juga punya pendapat sendiri untuk Ramadhan. saya rasaitu tidak perludikongsi bersama. HEHE

apa yang pasti ketibaan Ramadhan memang selalu membuat hati melonjak gembira. masakan tidak gembira dengan janji-janji Yang Maha Pemurah, di mana semua amalan kebaikan digandakan pahalanya? saya kira memang sangat rugi jika melepaskan peluang keemasan ini. mana boleh tidak yakin dengan janji Ilahi sedangkan itulah janji yang tidak langsung akan dimungkiri. sungguh ALLAH itu Maha Mengasihani!

banyak kegembiraan dan pelbagai rasa yang menyenangkan hati akan lama bertapak tiap kali Ramadhan tiba. Pemurahnya ALLAH yang memberi sebegitu tenangnya hati supaya lebih tenang melakukan ibadat, lebih tenang mengurus nafsu, lebih tenang melakukan aktiviti harian. saya suka Ramadhan! terima kasih Ya ALLAH kerana mencipta tetamu yang sangat istimewa ini.

jadi, persiapan saya untuk menyambut Ramadhan selalunya bermula sejak Rejab atau Syaaban. tidaklah seperti lumrah insan bersedia menyambut kedatangan Syawal, sebaliknya saya lebih cenderung berpuasa. oh ya! itulah gaya diet yang bagus menurut saintifiknya apatah lagi menurut syariat. kedua-duanya bersetuju puasa menyihatkan tubuh badan. buktinya melalui diri saya sendiri. zaman persekolahan dahulu sehingga masuk ke matrikulasi, saya memang berat dan mengandungi amat. berat badan terus meningkat hingga berada hampir kepada tahap overweight! di matrikulasi saya mengamalkan puasa sunat. semua bermula dengan niat mahu berjimat. lama-kelamaan saya mula suka berpuasa. sungguh saya terasa seperti sudah ketagih. daripada niat mahu berjimat terus bertukar menjadi amalan kehidupan. berbuka ditemani insan berbeza; rakan sebilik, teman semasa di sekolah menengah dahulu dan kadang-kadang rakan sekelas. seronok rasanya. suasana berbuka itu yang membuat saya suka berpuasa. semua ceria dan terasa begitu bahagia. kesannya dalam tempoh sebulan lebih berpuasa ditambah dengan puasa Ramadhan, berat saya kini berada di tahap biasa untuk perempuan yang berketinggian seperti saya. sehingga kini, berat sayatidakbertambah dan masih tetap berada di kilogram yang sama.

tarawih pula menjadi medium utama saya untuk memberi santapan kepada fizikal dan nurani. pergerakan solat itu terapi fizikal. bacaan dalam solat, doa, zikir, selawat dan kadang-kala ditambah dengan slot tazkirah itu pula menjadi terapi nurani. terasa segar seluruh badan bila kedua-dua ini mendapat santapan masing-masing. semoga Ramadhan yang bakal menjelma ini membawa 1001 kebaikan dan perubahan dalam diri.cepatlah hadir 1 Ramadhan ...

Allahumma balighna fi Ramadhan .. aminn

p / s: selalu terfikir bagaimana umat Islam yang tertindas di negara luar menjalani ibadah dibulan Ramadhan ini. semoga mereka dan kita semua ditabahkan hati dan dikuatkan semangat menghadapi ujian Ilahi .. aminn

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...