saya bermula dengan debat sewaktu sekolah menengah. sungguh jahil tentang ilmu perdebatan ketika itu hinggakan terasa sayalah punca kekalahan pasukan dalam setiap perlawanan. keyakinan dalam diri semakin pudar. kadangkala terasa benci berperasaan sebegitu kerana itu bukan diri saya yang sebenar. sejak kecil lagi saya memang gemar mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. keyakinan diri memang amat tinggi. tidak meletakkan perasaan malu dan rendah diri melimitasi keupayaan diri. tamat sekolah menengah, saya tekad tidak mahu meneruskan penglibatan diri dalam pengucapan awam. titik.
masuk ke matrikulasi, hati melonjak-lonjak mahu menyertai pertandingan pidato. sedaya upaya saya mengawal perasaan - kononnya tidak mahu memalukan diri seperti di sekolah dahulu. jejakkan pula kaki ke UPM, dijodohkan dengan kelab debat. masih berkeras tidak mahu sertai tetapi mula berjinak-jinak dengan pertandingan debat interkolej. mungkin ini takdir Allah untuk mentarbiyah diri yang mudah putus asa dan menyalahkan diri semata-mata tanpa sebarang usaha. keyakinan diri sudah mula meningkat dan usaha mula digandakan. saya mula belajar mencipta matlamat tanpa berhenti daripada menukarnyajadi kenyataan.
hari-hari di UPM semakin terisi dengan segala tugas hakiki sebagai pelajar juga aktiviti debat yang membantu menajam pemikiran. kesibukan yang akhirnya membawa kepada kesempitan ruang untuk bermanja dengan masa. keputusan peperiksaan semester merosot seketika mengundang wajah sugul di wajah ibu ayah tercinta. akhirnya semester baru membawa kepadabentuk perubahan dalam diri. saya tahu natijah peperiksaan semester lepas adalah teguran ALLAH kerana diri terlalu leka hingga terabai urusan sebenar saya di sini - bumi UPM. kesempitan ruang untuk bermesra bersama buku dan nota kuliah menjadikan diri lebih berdisiplin dengan waktu yang tidak mahu langsung untuk menunggu. kelapangan yang menjengah tidak seperti selalu, saya hargai dan isi dengan segala agenda tertentu dan tertumpu. HEHE. tersirat 1001 makna ayat ini. apa yang saya ingin maklumkan, tidak semua insan memiliki waktu yang banyak untuk mereka uruskan segala macam hal. jadi, gunalah masa yang ada sebaiknya dan jangan jadi sahabat baik syaitan yang suka membazir. ingat firman ALLAH dalam surah Al-'Asr. semoga semakin hari, semakin diperelokkan peribadi kita. insyaALLAH
..:: pesanan buat diri dan anda ::..
No comments:
Post a Comment