adik di Pahang akan pulang juga hujung minggu ini. mungkin dapat berbuka bersama-sama. rindu pada keluarga seperti membuak-buak dalam bulan suci ini. bulan yang amat dinantikan.
semalam adik yang bongsu begitu ghairah bercerita tentang menu berbukanya walaupun hanya bersama mak. oh! sungguh aku benr-benar mahu pulang berbuka bersama. 5 tahun di johor bahru di tambah lagi dengan 1 tahun di pulau pinang memang membuat aku mahu berbuka setiap hari di rumh kini. *sangat melampau*
aku perlu pulang esok. selepas selesai kelas koko jam 10.30 mungkin. perlu menguruskan beberapa perkara di rumah dan melepaskan rindu pada masakan mak! karipap panas mak yang sangat enak, ikan pari asam pedas kesukaanku air soya bazar Ramadhan. waaahh! aku tidak sabar mahu yang 1 ini. TARAWIKH di surau! rindunya! semoga aku dapat melakukannya. insyaALLAH!
No comments:
Post a Comment