aku insan alpa

apa sebenarnya tujuan kita dihidupkan?
untuk siapa kita berkhidmat?
apa matlamat dan tujuan hidup yang sebenar-benarnya?

semua sedia maklum jawapannya. semua mahukan pengakhiran yang sebaiknya bagi seorang hamba. ya, hamba yang sentiasa perlukan bimbingan Tuannya. bukan dari mereka yang bergelar hamba juga. kerana daripada Tuan itulah segala yang dihajatkan insyaALLAH akan tercapai.

BERIBADAH kepada ALLAH !
leka dan alpanya diri hingga banyak mengabaikan segala suruhan Tuan sekalian hamba ini. sedangkan sudah maklum taraf diri yang hina. namun masih berlagak angkuh dengan melanggar arahanNya. masih membuang masa yang telah diketahui tinggal sedikit sahaja untuk terus berada dalam jasad pinjaman ini.

ALLAH!
namaMu kuseru
cintaMu mengubat rinduku
kasihMu sedingin salju
redhaMu kuharap selalu
menjadi pengubat resah di kalbu
penguat semangat yang kian layu
menjadi motivasi dalam hidupku
agar bisa kuterus maju
teguh mengejar impian yang satu
semoga semua itu aku mampu
aminn..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...