1.04 pm waktu MALAYSIA, akhirnya selamat tiba di lubuk ilmu ini. Selepas 2 kali naik turun tangga mengangkut barang naik ke tingkat 3 dengan dibantu ibu tercinta dan sempat bergurau seketika sebelum mereka pulang ke rumah, semuanya selesai. Buat beberapa aku hanya duduk termenung memerhati semua barang yang perlu disusun seatur mungkin untuk meminimumkan ruang bilik yang memang sempit ini. Teman sebilik masih belumada tanda akan muncul dalam waktu terdekat. Inilah saatnya aku kemas bilik semahunya. Penyapu dan mop aku cari. Maka kerja-kerja pembersihan pun bermula. Langkah pertama : sapu lantai hingga anda benar-benar puas hati. Langkah kedua : mop lantai dengan floor cleaner (tapi aku gunakan softener sebab nak bau sahaja ^_^). Langkah ketiga : mop kembali menggunakan air bersih (nak bilas kalau ada sisa sabun etc.). Langkah keempat : tunggu sehingga kering. Lagkah kelima : sapu apa-apa yang tertinggal (rambut, sawang, habuk). SELESAI. Banyak sungguh langkah aku.HAHA. Asalkan aku puas hati dengan udara baru yang wujud dalam bilik ni.
Kerja seterusnya adalah memunggah barang-barang yang tersusun rapi dalam beg, kotak dan baldi aku. Memang sedikit ‘boing’ bila tiba-tiba hilang ilham yang aku cipta 10 minit sebelum ini. Disebabkan itu jugalah kerja yang sepatutnya hanya mengambil masa yang singkat berlarutan hampir 1 jam. Oh Tuhan! Aku pasti kerjaya aku sebagai pengemas yang cekap ketika cuti sem di rumah sedang menuju zaman kegelapannya. Selesai semua kerja, aku dapat menjejakisegalajenis barang yang aku TERTINGGAL di rumah kerana TERLALU YAKIN aku simpan di stor. Jadi aku mulamerangka perancangan untuk pulang ke rumah atau tidak pada hujung minggu ini. Dalam hati kuat berkata mahu keluar untuk . . . . . .
Abaikanlah bab hujung minggu tu. Nanti-nanti pon boleh dipertimbangkan lagi. HEHE. Melihat keadaan baru bilikku yang mula terserlah ‘keceriaan’nya walau tanpa aksesori hiasan tambahan dan cukup berpuas hati (hanya pada ketika ini), dengan muka bahagia aku mula merenggangkan segala otot dan sendi di atas katil yang tiadalah begitu empuk tetapi terasa amat selesa bila diri begitu memerlukannya. HOHO. Lelap seketika buat 5 minit, aku bangun membersihkan diri dan mulalah mencari makanan untuk fizikal yang dah mula memberontak mahu makan. Juadah pertama untuk tahun kedua pengajian aku : nasi goreng kampung berlaukkan ayam masak merah dan teh o ais laici. Sangat tak puas hati bila harga air naik!
Malam diisi bersama teman sebilik pula dan tiba-tiba satu panggilan telefon membawa aku terus ke kolej 13. LATIHAN DEBAT! Hampir terlupa sebenarnya. Reaksi yang sudah aku jangka dari mereka : “belum mula kuliah, dah sibuk dengan debat?” HAHAHA macam kalian tak kenal aku. Walau tempoh perkenalan tidak begitu lama tetapi aku tahu kalian maklum hal yang satu ini bukan? HEHEHE
Hari pertama di Kolej 12, UPM pada tahun kedua aku sangat menarik! (macam propa sangat bunyi. HAHA) seperti biasa, aku mahukan sesuatu yang lebih baik pada semester kali ini berbanding sebelumnya. InsyaALLAH. Sampai sini dulu.
Assalamualaikum warahmatullah .
perlu memeriksa:)
ReplyDelete