diri merasakan sungguh tidak mampu memikul amanah dan tanggungjawab yang baru diberi. Apalagi bila melibatkan kepercayaan banyak pihak. Terasa mahukan ibu di sisi lantas ceritakan semua yang bersarang di minda sambil menatap wajah tenangnya. sudah tentu seperti biasa hati terasa ringan setelah mendapat respon ratu hatiku itu.
Sedikit takut apabila memegang jawatan yang sudah tersangat pasti memang sibuk dan perlukan komitmen yang sepenuhnya. Walau apapun, saya akan cuba lakukan apa yang termampu dan terdaya kerana saya yakin boleh ! Banyak perkara tiba-tiba muncul di minda yang mampu menjana kembali pemikiran.
Setiap sesuatu yang berlaku tersembunyi seribu satu kemanisan hikmah dari ALLAH. Aku teramat yakin dan pasti. Mengapa? Kerana itu adalah janjiNya dan janji itu tidak pernah dusta! Bagi aku,seorang pelajar yang masih belum cukup bijak dan matang mengurus hal kehidupan, inilah masanya untuk semua itu. Aku yakin ALLAH sedang mengajarku. Oh Tuhan, betapa kasihnya Engkau pada hambaMu sedangkan aku banyak melupakanMu.
Jauh di sudut hati aku mahu berubah. Dari satu fasa ke fasa yang lebih baik. Perubahan yang bukan sekadar berubah tetapi terselit beberapa misi yang hanya aku dan Dia sahaja yang mengetahui. Teman? Aku pernah menyuarakan hasrat ini padanya tetapi untuk berubah, itu perlu teguh berdiri di dalam hati dan bukan bergantung pada insan lain. Sesungguhnya ALLAH itulah sebaik-baik tempat bergantung harap.
Harapanku, semoga diri ini juga diri semua umat akhir zaman semakin teguh berdiri menghadapi liku kehidupan. Semua perkara yang berlaku adalah tarbiyah dari ALLAH yang mematangkan kita. Aku yakin itu !
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment