Ibu Ayah yang OSEM

Untuk 2-3 hari ni, aku selalu nampak post yang mengaibkan 'budak sekolah' atau biasa orang sbut 'budak baru nak naik'. Post pertama yang aku nampak berkaitan dua 'budak' ni bersembang di wall facebook benda-benda kateori 18SX. Esoknya, ada pulak post gambar-gambar dua 'budak' ni buat aksi 18SX. Aku ada go through komen-komen dekat gambar tu. Ramai yang peka. Ada yang bertindak sebagai ustaz ustazah siap dengan bagi dalil supaya tutup aib orang. Ada yang mempersoalkan. Katanya "konsep jangan sebarkan aib dalam Islam ni adalah untuk aib yang pelakunya buat secara sorok-sorok tapi kalau pelaku aib tu bangga, kita boleh sebarkan aib tu". Ada juga yang berkata "dah diorang sendiri yang bukak aib sendiri. upload benda-benda macam tu dekat social website. kira kita ni tak sebarkan pon aib die"

Ok at that point, aku terfikir. Sekalipun orang tu terang-terangan tunjuk aib dia, kita tak ada hak nak sebarkan aib dia dan malukan dia. Setidaknya, selindungkan identiti dia lah. Macam dekat dalam tv, ada je kes GRO kene tangkap dan biasanya akan diselindungkan muka mereka.Ok aku bagi contoh mudah. Aku ada seorang kawan yang tabiat dia suka kentut. Mula-mula memang kitorang selalu bahan dia. Tapi sekarang dah biasa. Bila keluar pasal kentut, memang teringat dia. Dah jadi macam trademark dah untuk dia. Tapi tak ada pon orang nak sebarkan satu alam ni yang kawan aku ni kuat kentut. Sebab tau, pada kami (kawan yang biasa) itu kebiasaan tapi mungkin untuk orang lain, itu adalah perkara yang memalukan bagi dia. Ada juga antara kami yang cakap pada dia, "kau nak kentut cover sikit. nanti kau yang malu". Dia ok je. Maknanya, teguran yang baik itu, boleh diberi. Bukan lagi nak sebarkan kisah aib dia pada semua.

Tu bukan perkara utama aku nak cerita. Benda yang aku nak cerita kali ni, adalah pendapat peribadi aku. Topik berkaitan dengan 'mukadimah' sepanjang 2 perenggan di atas tetapi dari sudut lain (sila baca balik tajuk). Aku perlu akui sebenar-benarnya, TUGAS MENDIDIK ANAK BANGSA ADALAH TUGAS IBU DAN AYAH! Fullstop! tak nak kompromi lagi.

Aku mencadangkan semua ibu bapa cuba dekati dunia 'gadget' dan dunia teknologi sekarang. SEBAB ini adalah dunia anak-anak mereka. ZAMAN anak-anak mereka. Kita ni mungkin tak semaju peredaran zaman. Aku ni LINE, WECHAT, CHAT ON, CANDYCRUSH pon tak ada tau. TAPI aku tau, benda-benda ni adalah trend yang perlu aku ambil tahu. At least kalau tak ada pon, bila orang sebut, kau boleh get into lah. Kalau tak tahu, ASK!

Aku bukan menyalahkan ibu bapa kalau anak-anak muda kini tingkah lakunya amat ******** (bukan carutan tapi tak tahu nak guna perkataan apa). Namun aku tak boleh juga lari dari mengakui bahawa memang ada juga silapnya dari ibu bapa. Bagi aku, ibu bapa perlu menjadi teman baik anak-anak TANPA menghilangkan rasa hormat anak-anak pada diri mereka sebagai seorang ibu dan bapa. Yes. Aku yakin ada ibu bapa yang percaya mereka telah beri yang terbaik untuk anak-anak. TAPI adakah itu adalah definisi terbaik yang sebenarnya pada persepsi anak-anak? Untuk bahagian ini, KOMUNIKASI adalah kunci. Aku bercakap melalui pengalaman (sendiri dan juga orang lain yang berkongsi kisah). 

SIMPLE. Tak perlu lihat ibu bapa. Lihat pada diri sendiri dan respon kita pada sekeliling. Macam mana kita komunikasi? Banyak beri input atau banyak kelaut? Aku cuba mendalami bidang psikologi dan perkembangan manusia sejak dari awal kelahiran. Doakan aku berjaya. Bukan apa. Aku punya misi untuk mendidik generasi masa hadapan yang cemerlang jiwa dan jasad. Disebabkan itu aku berpegang pada kata-kata khulafa ar-rasyideen:

"DIDIKLAH ANAKMU SESUAI DENGAN ZAMANNYA"

Ramadhan Sentiasa Syiok!

Salam 'alaykum! ^_^

Ramadhan berlalu meninggalkan kita dengan rasa syahdu, rasa hiba. Entah dapat atau tidak kita berjumpa Ramadhan yang akan datang. Ya. Kedatangan Ramadhan memang benar-benar membawa keberkatan dan kebahagiaan. Saat Ramadhan bertandang, semua menyambut dengan penuh kegembiraan. Bahagia mengejar pahala beribadah dalam bulan penuh barakah ini. Sekecil-kecil amalan itu pun diberi pahala berganda. Yang paling seronok, Allah nak buat surprise dengan kita. Pahala puasa di siang hari kita itu hanya Allah yang tahu.

Bagi aku, Ramadhan memang membawa kemeriahan. Mungkin tidak meriah sehebat meriahnya bunyi mercun yang berdentam-dentum saat tarawih hinggalah 10 hari pertama Syawal tetapi meriahnya berbeza! Pemerhatian aku untuk beberapa tahun Ramadhan yang dilalui di rumah, di sekolah, di matrikulasi juga di universiti adalah sama. Ramadhan benar-benar memperlihatkan nilai kerjasama, tolong-menolong. Muhibbah! Bulan inilah semua saling mengingatkan untuk berbuat kebaikan dan kebajikan. Sama-sama saling menggerakkan untuk sahur, tarawih, solat berjemaah, kejar pahala Ramadhan. Bulan ini juga masing-masing memasak untuk juadah moreh di kawasan kejiranan. Bulan ini juga kebanyakan umat manusia akan sahur dan berbuka secara berjemaah terutama bersama keluarga. Makan berjemaah itu seolah satu kerinduan yang menyeksakan bila tak dapat direalisasi. Mana tidaknya. Sampai ada insan yang kecewa bila tak dapat bersahur atau berbuka paling tidak sekali bersama keluarga.

Seronoknya Ramadhan. Pesta Ibadah di sana-sini. Setiap hari pasti ada majlis ilmu. Sebelum Ramadhan lagi semua pasang niat nak khatam paling tidak pun sekali. Setiap pagi juga populasi manusia yang keluar kerja-sekolah-buat kerja rumah bertambah. Wahhh! Ceria sungguh setiap pagi Ramadhan. 

Makanan? Ehem. Tarikan utama saat Ramadhan bertandang selain dari kemeriahan ibadah di merata tempat adalah di PARAM. Setiap kawasan pasti ada. Lagi meriah di kawasan berdekatan institusi pendidikan, pejabat kerajaan dan kilang-kilang. Tapi bagi aku, makanan yang di masak sendiri jugalah yang paling umphh! Sana sini sibuk buat majlis berbuka puasa. Tak payah tengok badan-badan kerajaan atau bukan yang me

nganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim atau golongan yang istimewa, ramai juga yang ambil kesempatan membuat 'reunion' bersama teman sekolah, sekelas, sebilik, sepasukan waktu berbuka. Memang Ramadhan boleh membantu mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin.

Aku perasan jugak, waktu Ramadhan bertandang, banyak berita mengenai kantoi berjudi, kantoi tak puasa. Sampai ada orang kata "waktu Ramadhan, tiba-tiba pihak berkuasa agama nampak bekerja. Kalau tak, tak nampak sangat gerak kerja dorang". At one point aku terfikir macam tu jugak tapi bagi aku, mungkin media lebih banyak sampaikan maklumat macam ni di bulan ini. Padahal ada je waktu biasa pihak berkuasa agama ni buat kerja. Cuma tak digembar-gemburkan pada orang ramai mungkin.


*Pemburuan Malam Al-Qadr*
Salam Ramadhan Kareem
Salam 'becoming' Syawal
Moga Allah menerima amal anda, amal saya dan amal kita semua. Aameen ya Rabb.
Mohon maaf atas segala kesilapan. Perbuatan, kata-kata, lintasan hati mahupun penampilan.

Semua perkara adalah bersebab.
So, before you assume, there's a thing called ASK.
^__^

Cuti

Salam 'alaykum :')

Lupa nak habaq. Blog bercuti dari sebarang post sebab ikut puasa sama. hehe 
in shaa Allah will update later.

Mungkin sedang berhibernasi. Ya mungkin juga bermeditasi. #eh


Profesion Yang "Tercemar"

Salam 'alaykum!

Tajuk entry yang mungkin sedikit kontroversi. Ya. Mengaku awal-awal. Entry kali ini memang kontroversi. Profesion apa yang tercemar itu? Apa yang anda fikirkan? Tercemar dari segi apa? Tenaga manusia? Produk dari profesion tersebut? Atau profesion itu sendiri yang tercemar?

Allah izinkan untuk sama-sama menyertai program sekolah-sekolah. Program bersama adik-adik dari sekolah menengah serata Malaysia. Mereka ini semuanya berbeza. Ada yang berbeza watak dan gaya. Ada yang berbeza pemikiran dan pandangan. Paling menarik, ada yang berbeza minat dan kesukaan. Mereka dari sekolah yang berbeza latar belakang. Keluarga juga berbeza latar belakang. Sangat yakin bahawa persekitaran mereka saling berbeza. Tak kisahlah antara setiap pelajar dengan pelajar yang lain mahupun antara sekolah dengan sekolah yang lain.

Perbezaan ini buat aku berfikir. Pasti guru di sekolah-sekolah ini berbeza corak dan teknik mengajar. Pasti begitu kreatif menangani pelajar yang banyak ragam dan kerenah. Ya. Aku memang sentiasa memandang tinggi pada guru. Faktor utama? Aku terinspirasi dengan didikan guru-guru sewaktu di sekolah dahulu. Mereka tidak merendahkan ketidakupayaan aku. Mereka membina keyakinan aku. Mereka tidak pernah putus asa mendidik dan mengajar aku hatta perkara paling sukar untuk aku fahami. Moga Allah merahmati mereka dan memberi ganjaran yang selayaknya atas jasa mereka.

Kenapa aku katakan profesion guru tercemar? Mungkin atas hasil pemerhatian aku pada sikap guru di beberapa sekolah yang aku kendalikan program bersama mereka. Ada guru yang kononnya 'sporting', 'cool' dan 'open-minded'. Bertepuk tampar dengan pelajar, bersembang dan bergurau ibarat kawan-kawan, piat telinga pelajar, cubit-cubit 'mesra' pelajar dan macam-macam lagi aksi 'cool' guru yang aku lihat. Wah! bagi aku itu sangat tidak 'cool'. Ya. Memang benar mahu rapat dengan pelajar. Namun, tidak wujudkah pendekatan yang lebih mesra selain cubit dan piat telinga sekalipun guru mahu bergurau atau marah? Tidak bolehkah dekati pelajar dengan sentuhan yang lebih mesra dan penuh kasih? Sentuh bahu mereka. Paut dan salurkan kata-kata nasihat. Ingat cara wahyu pertama diturunkan? Nabi s.a.w tak tahu. Jibril a.s peluk baginda Nabi s.a.w berkali-kali hingga baginda ingat.

Ada juga guru yang seolah menjatuhkan keyakinan diri pelajar. Bagaimana? Tanyakan soalan yang sudah tentu kebanyakannya tidak tahu. Anda guru yang sudah lama bersama pelajar. Anda lebih mengenali bagaimana pelajar anda. Seharusnya anda bertanyakan soalan yang kebanyakan mereka tahu. Bukan soalan yang mereka tak tahu kemudian memprovokasi mereka. Contoh. Pelajar anda ini kebanyakannya lemah dalam matapelajaran matematik. Tak perlulah anda tanya soalan matematik yang tahapnya tinggi sedikit dari tahap pelajar anda. Aku yakin pelajar ini bila ditanya soalan, mereka begitu semangat mahu menjawab. Bersungguh mereka cuba berfikir untuk menjawab. Cuba bayangkan pula bila soalan itu mereka tidak dapat jawab. Apa mereka rasa atau fikirkan? "Susahlah soalan ni" "Aku memang tak pandai matematik" "Matematik ni memang susahlah. Patut aku tak lulus" "Malaslah nak fikir. Kalau jawab pun salah". Sudahlah mereka tidak boleh jawab. Guru pula gunakan pendekatan "Ini pun awak tak tahu? Macam mana nak dapat A subjek ni" "Dah berapa kali saya ajar. Kenapa awak susah sangat nak ingat?" "Tu la. Awak asyik ponteng kelas saya, main-main. Memang wajarlah awak tak tahu". Nampak tak situasinya? Bagi aku, itu ujian yang Allah beri pada guru untuk buat anak murid faham. Maka guru seharusnya menjaga lisan supaya tidak menyebut perkara yang tidak elok kepada pelajar. Seolah mendoakan mereka pula. Ingat Allah senang-senang nak bagi kita berjaya tanpa diuji? Sebab tu Allah takdirkan guru ini mengajar pelajar yang mungkin sedikit lambat faham atau dengan pelajar yang 'hyperactive'. Kreatiflah guru dalam menangani pelajar yang pelbagai. Jangan terlalu bangga dengan kelayakan yang anda ada. Lepasan IPT dalam negara atau luar negara itu hanya atas kertas. Yang benar-benar memperlihatkan kredibiliti guru itu adalah saat pelajar menghormati, menyayangi dan menerima apa yang disampaikan tanpa membantah. Belajar juga akan jadi lebih seronok!

Aku tahu tugas guru bukan mudah. Aku pernah bertugas sebagai guru untuk sebentar. Pelajar memang berbeza antara satu sama lain. Aku juga pernah jumpa pelajar yang tidak mempunyai keyakinan langsung untuk berjaya. Sasaran dalam peperiksaan besar juga sekadar "Asalkan lulus pun saya dah syukur kak". Sedih. Jujur aku sedih. Mana hilang kebergantungan mereka pada Allah. Mana pergi semangat yang tidak mahu menyerah sebelum berjuang? Aku tiupkan semangat. Aku cuba bina keyakinan dirinya. Aku kaitkan teori-teori yang aku ingat dan menjadi salah satu perangsang saat aku jatuh dengan janji-janji Dia dalam kitab suci. Alhamdulillah ada yang mula bangkit. Ada yang mesej minta nasihat. Aku simpulkan pelajar sebegini sebenarnya mahukan perhatian. Mahukan kata-kata semangat. Mereka boleh berjaya. Mereka mungkin lambat dalam akademik tapi aku lihat mereka sangat bijak dalam kemahiran hidup. Daya berfikir mereka juga kreatif! Sayang andai seawal ini guru sudah tidak mahu meletakkan harapan pada mereka. Lebih sayang andai guru terus membunuh keyakinan diri mereka.

Maka apa yang tercemar? Ini pendapat peribadi aku. Bila mana profesion guru ini dipilih sebagai salah satu asbab yang kononnya menjanjikan peluang pekerjaan, maka berduyun-duyun insan yang hadir mengisi kekosongan menjadi seorang guru. Aku tak tahu niat mereka benar-benar mahu mendidik generasi atau sekadar mencari sumber pendapatan atau mungkin mereka boleh berbangga dengan kelulusan yang mereka ada. Aku harapkan niat mereka itu adalah kemungkinan pertama aku. Semoga tindakan mereka adalah hasil dari niat yang murni. Bila aku bandingkan pendekatan guru aku dahulu dengan guru sekarang, memang berbeza. Mungkin semangat mendidik anak bangsa itu yang membezakan. Tercemar dari tenaga pengajar akan menghasilkan produk yang tercemar juga. Mengapa? Produk yang dihasilkan kemungkinan tidak begitu kuat menangkis cabaran realiti hidup.

Cukup untuk aku bayangkan sebuah keluarga yang punya anak 5 atau 6 orang. Setiap anak ada ragam tersendiri. Ibu ayah juga yang tahu menyesuaikan teknik mendidik anak. Guru sering dikatakan sebagai ibu dan ayah bagi pelajar sewaktu di sekolah. Maka fahamilah pelajar. Dekati mereka dengan ilmu yang kalian ada. Psikologi pelajar corot, psikologi pendidikan, ilmu keibubapaan. Berusaha membangunkan generasi. Mereka berbeza dari zaman kita. Maka kita harus kreatif mendidik bersesuaian dengan zaman mereka.

"Didiklah anakmu mengikut zamannya kerana zamannya adalah berbeza sekali dengan zaman ibubapanya" - Saidina Umar Al-Khattab r.a
All the best cikgu Malaysia! Aku bukan tuding jari. Aku cuma melihat dan memberi pendapat peribadi.

Kerjaya : Surirumah

Salam 'alaykum

Alhamdulillah hari ini selesai menjawab kertas pertama peperiksaan akhir bagi semester terakhir. Allah izinkan semuanya lancar. Tamat semester ini maka tamatlah juga gelaran 'pelajar universiti' yang didukung selama 4 tahun.

Semua mula bertanya soal kerja. Soal kerjaya dan yang paling popular, soal jodoh. Kalau ditanya aku mahu kerja sebagai apa, aku yakin untuk maklumkan pada semua aku mahu jadi surirumah. YA. SURIRUMAH. Ada yang menyoal. "Kau belajar sampai dapat degree, duduk rumah jadi surirumah je?" Ada pula yang bagi pendapat "Kalau kau nak jadi surirumah, tak payahlah kau berangan nak sambung master lagi dah. Membazir je duit"

Tapi aku masih mahu teruskan pengajian aku. Surirumah bukan alasan untuk aku berhenti belajar. Aku sangat memandang tinggi pada para surirumah yang berjaya membesar dan mendidik anak-anak dengan baik. Ehem! Kerja surirumah ini berat tahu? Seawal subuh bangun laksanakan tugas pada Al-Khaliq. Kemudian mulakan dengan tugas menguruskan rumahtangga. Sarapan, kemas rumah, mendobi, menyapu lantai, membersihkan laman, mencuci pinggan mangkuk, memasak untuk makan tengah hari, makan malam, seterika baju untuk seisi rumah, memastikan keadaan rumah sentiasa teratur, kemas, ceria dan bersih!

Aku lebih memandang pada sudut parenting. Sudut mendidik anak. Mendidik generasi yang lebih hebat cabarannya dalam kehidupan kini. Generasi yang berdepan dengan serangan mental, emosi menggunakan senjata teknologi dan hiburan. Ilmu yang aku pelajari bukan untuk aku sahaja. Bukan semata-mata demi kerjaya yang bakal aku bina sebaliknya juga buat keluarga. Aku bukan pelajar yang tercorot sewaktu sekolah juga bukan pelajar paling cemerlang. Tapi aku yakin. Niat untuk menjadi ibu dan surirumah berilmu itu mampu untuk menjadi bekal dalam mendidik mereka. Bakal amanah aku.

Persiapkan diri dengan ilmu 'kedoktoran' supaya boleh jadi 'doktor' terbaik untuk keluarga. Jadi belajar perlu dari sekarang. Membaca. Kunci kepada ilmu. Sebab itu aku perlu menggali-gali ilmu yang aku tak dapat dalam kelas formal aku selama aku belajar dalam sistem pendidikan Malaysia. Persiapkan diri dengan ilmu fardhu ain. Supaya aku lebih yakin mendidik keluarga. Ohh banyaknyaaaaa. Kau pilih jalan ini kan ciklilah? Kau sedia dan hadapi dengan sebaiknya!

Moga Allah tunjukkan dan permudahkan jalan.
Moga Allah capaikan hasrat aku.
aameen ya Rabb! ^__^

Ukhwah Bersama Alam

Salam 'alaykum!

Isnin. 3 Jun 2013.
Bukit Broga.

Rancangan secara tiba-tiba berjaya dilaksanakan! Dari 20++ yang ada dalam keluarga kecil, seramai 12 orang sahaja yang mempunyai ruang untuk bersama. Ke mana? BERUKHWAH bersama alam! ^__^ Eh. Mestilah seronok dan menyeronokkan bila bersama alam. Terasa dekat dengan Dia. Sebab? Alam ini adalah bukti kewujudan Dia yang Maha Kaya, yang Maha Kuasa, yang Maha Agung.

Pulang dari makan malam bersama, berkumpul di Bilik Gerakan. Ehem! Bukan bilik gerakan politik. Bilik gerakan MTM. :) Tujuan utama adalah...hehehehe

menyiapkan sarapan pagi
Aku tak makan sardin dan adik beradiknya termasuk tuna. Jadi, kita buat sandwich telur! ^__^ Bertolak agak lewat ke Broga. Tapi tak apalah. Asalkan dapat naik. hehe Solat, mendaki, sarapan bersama. Rasa seronok sangat. Alhamdulillah Allah pertemukan aku dengan mereka ini. Rasa ceria 1 hari walau penat.

Antara yg terawal sampai ke puncak pertama ke kedua tah. =_=

Doa sebelum sarapan!

Kami semua selepas turun Broga
Turun dari Broga, dapat kata putus mahu ke Sg. Tekala. Mahu sejukkan badan katanya. Main-main air selepas berpeluh-peluh panjat Broga. hehehe Perjalanan diteruskan ke sana. Sarapan nasi lemak, keropok lekor, pisang goreng dan 'cikedeh'. Jadilah asalkan perut terisi. Projek main air dan bina istana pasir pun bermula. Dannnn tadaaaaaaa~

Sandcastle by Fadzil Ahmad

Selepas menyegarkan badan di Sg. Tekala
Dah nak dekat tengah hari baru balik ke kolej. Seronok tu memang seronok. Sama-sama menikmati kebesaran Allah mulai sebelum subuh hingga menjengah ke zuhur. Disulami dengan ikatan kekeluargaan kecil yang kami ada. Sweetness! Sayang anda semua. Termasuk yang tak dapat turut serta. Moga Allah redha ke atas kita.

Detik-detik Terakhir

Salam 'alaykum. Sedang sedikit syahdu.

Bila lihat kalendar, bila lihat baju-baju, bila lihat nota-nota kuliah, bila lihat facebook dan twitter kawan-kawan, aku mula rasa sebak. 2009 - 2013. 4 tahun bersama. Banyak kenangan suka duka yang ditempuh. Dari tak kenal, mula kenal. Dari tak bertegur, mula mesra. Dari hanya berselisih, jadi teman pengubat duka.

Mereka bertiga ini selalu ada untuk mengingatkan aku. Lagi-lagi masa sibuk dengan aktiviti debat IPT. Tak cukup rehat, tak cukup tidur, tak cukup masa nak siapkan kerja. Syukur Allah kurniakan teman seperti mereka. Aktiviti masak-memasak pun dengan mereka juga. Aktiviti bisnes kecil-kecilan, aktiviti makan-makan, aktiviti jalan-jalan. heee Setiap orang ada tabiat masing-masing. Ada gelaran comel masing-masing.

cikmoja - cikmisae - cikmon
Dari mula masuk UPM hinggalah ke semester terakhir. Masih menjadi teman sebilik. Tapi dia jugak yang selalu ditinggalkan memandangkan kesibukan aku beraktiviti. Maaf kan saya wahai cik puan rumet ;D Tapi kami rajin makan bersama, jalan-jalan bersama, beronok-ronok bersama. It's not about quantity that we spent together my dear. It's all about quality time. Ok! boleh praktikkan dalam rumahtangga nanti. Ingat tu cik puan rumet.

cik puan rumet
Coursemate. We had spent so much beautiful memory together. Since we were in first year. Suka duka dalam melaksanakan tuntutan projek kita buat sama-sama. Projek yu tak siap, ai tolong. projek ai tak siap, yu tolong. Ada yang masam muka, ada yang buat muka. Ada yang bermuka-muka. Tak apalah. Itu semua biasa dalam hubungan. Tapi aku yakin kita semua gumbira dengan setiap saat yang kita lalui bersama walaupun event makan-makan kita tak jadi. :'(

Bac. Sc. (Hons.) - Instrumentation Science (0913)

Keluarga kecil di Kolej 12. How can I forget all the things that we spent together? Will write an entry special dedication for you my sayangs. 

Projek Tahun Akhir

Salam 'alaykum!

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
30 Mei 2013
9.00 am
Pembentangan Projek Ilmiah Tahun Akhir.

Hari ini adalah hari pembentangan projek tahun akhir. Yes. TAHUN AKHIR. Macam tak percaya dah 4 tahun menuntut dekat UPM, beraktiviti, berukhwah, berorganisasi dan macam-macam 'ber' lagi. hehe

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lebih yakin dan bersemangat berbanding semester lepas. Faktor utama? Rasanya sebab projek dah selesai. Makanya dah faham apa sebenarnya yang dikaji sepanjang 2 semester ni. Penat. Letih. Stress. Serabut. Menangis. Ketawa. Ceria. Duka. Macam-macam rasa sudah dilalui. Kadang-kadang ada juga makan sehari sekali. Sampai sakit-sakit pun ada. Penangan FYP.

Dear SV,
Ampunnn untuk semua benda merepek yang saya buat. Terima kasih atas kesabaran, tunjuk ajar, kegigihan, bantuan, biskut cream o, idea dan semangat! Dr tak bagi motivasi pon dekat kami yang kadang-kadang down ni. Tapi jujurlah Dr memang bagus! hehe

Dear partner,
Awak so nice awak tahu tak? Awak rajin, awak faham situasi saya yang kadang-kadang sibuk, kadang-kadang kurang sihat. Awak jugaklah yang selalu ingatkan saya untuk proceed dengan next measurement, ajar saya fitting graph, explain pada saya flow nak writing tesis.hehe

Dear rumet,
Awak memang tak membantu pun dalam projek saya. Tapi awak selalu temankan time saya buat tesis dalam bilik tu. Sebab awak ada keje. Kalau awak tak ada keje, saya yang jaga awak tidur. Kadang-kadang awak teman saya makan megi. Kadang-kadang saya tukang ajar awak guna MS word. Sweet la konon ni? :p

Dear everyone,
Thanks for all the doa and wishes. Thanks for the supports and advices.

Kurang 24 jam sebelum viva. cikmoja (partner yg baik dan rajin) - ciklilah - kamil - totoromalas - Dr. Nizam
Selepas viva :)


Selepas refreshment. Kami sedondon dengan SV!

Viva selesai. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan. Kita semua sudah buat yang terbaik. Tinggal untuk kita tahu keputusannya. ^__^

Ganjaran untuk diri sendiri selepas viva? Ke bookstore! Habiskan baucer buku dan beli buku yang dah lama sangat dalam wishlist. heee

Minggu 14

Salam 'alaykum! Buat semua insan hebat! Andalah. Siapa lagi. hihi :D

Pelajar Tahun Akhir.
Final Year Project Student.

2009 - 2013.
4 tahun, 8 semester.
Dan kini berada di minggu kuliah akhir semester terakhir!

Sikit sahaja lagi. Sikit sangat masa yang tinggal sebelum mengangkat beg dan semua yang pernah dimiliki selama berada di Desa Serdang ini keluar dari kawasan. Menuju ke syurga dunia. Baiti Jannati.

Tesis. Agak kurang puas hati dengan penulisan hari tu. uhuuu Y__Y
Viva. Kita akan berada di sesi 'story telling' on this Thursday. Yes. Thursday. 3 hari lagi ui. Ketaq lutut gelabah punya pasai.

Hujung minggu yang terisi dengan aktiviti memang buat ingatan melayang dari terus membayangkan tesis dan viva. Isnin mula menggelabah bila semua sibuk bincang untuk slide viva. Ciklilah, please wake up! Ok done with all bebelan. Start to do revision for viva. Ehem! Jangan lupa. Mulakan dengan basmalah! ^__^

at home with lovely nenek. *love*

Aku Cinta Allah!

Salam 'alaykum! Moga rahmat Allah sentiasa memayungi kita hambaNya

Andaikan diriku bisa seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah.
TanpaMu aku lelah, aku sungguh tak berdaya
Tolongku.
Tolongku Ya Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah! aku lemah dan tak bererti
Setiap derai tangis membasahi
Allah! jangan tinggalkan aku lagi

Aku SAYANG Allah
Aku RINDU Allah
Aku CINTA Allah.


Di mana Allah di hatiku.
Di mana Allah dalam kehidupanku
Di mana Allah dalam setiap perbuatanku?
#muhasabah Y___Y



Helianthus Annuus

Salam 'alaykum! Moga ceria-ceria selalu!

CERIA. Perkataan itu sebenarnya kelam sedikit buat beberapa hari ini. Mungkin akibat tekanan yang aku lalui untuk 2-3 hari ni. But it's okay for me. Allah sayang kita. Sebab tu Dia uji kita. Maka berlapang dadalah dan SYUKUR!

Helianthus Annuus. DO you know what is that? hehehe ok no need to google it. Let me tell you. Helianthus annuus ni adalah Sunflower. Why so sudden? hehehe sebab, sunflower ini sangatlah indah. Sangat mampu untuk beri perubahan mood yang duka kepada suka. Tapi that is for me la. hee

Jujur. Memang 2-3 hari ini berada di dalam tekanan. Maha Suci Allah yang menciptakan keindahan yang sangat menenangkan. Stress waktu edit thesis, mintak tolong syeikh Google  carikan gambar sunflower. Senyum sorang-sorang depan laptop bila tengok sunflower. Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!

Termotivasi dengan Si Bunga Matahari.
JOM jadi seceria sunflower. ^__^

Motivasi dari si bunga matahari

Belajar dari bunga matahari. :)

Hari ini sudah mula normal. Tidur normal. Makan juga normal. 
Alhamdulillah! :)

Malam Apresiasi Gemersik Seribu Bintang

Salam 'alaykum! ^___^

Senyum dengan sangat lebar pulak kali ni. hehehe Alhamdulillah 23 Mac 2013 *dah seminggu baru nak buat entry. haihhh* tapi baru publish sekarang telah berlangsung majlis makan malam rasmi kolej. Ada nama baru dah sekarang ni. hee Apa nama baru? Tu dekat atas tu dah letak tajuk entry. Alkisahnya nak bergerak bersama adik-adik AJK semua pukul 8 pagi macam tu tapi tapi tapi memandangkan malam sebelum tu dan berlarutan sehingga tengahhari hari kejadian, bilik dikunjungi oleh mereka yang mahukan khidmat nasihat perunding imej dan mekap membuatkan 1 bilik tidur lepas subuh!

Maka plan berubah terus untuk bergerak bersama cikmoja, cikmon dan cikmisae jam 6 petang. Kenderaan? Pinjam kereta rumet cikmoja. heee maceh kak marini! Lokasi bersiap? R&R Mines Utara! *hamek* nasib badanlah tak ramai yang berhenti dekat R&R tu dan membuatkan kami lebih selesa untuk bersiap dan bersolek! hehehe Kelam-kabut bersiap, terlupa ada perkara yang perlu diselesaikan dengan lebih awal. Terus pecut kereta laju. Bila dah sampai, terus berjalan dengan laju jugak. Well, saya memang jalan laju :p



Sampai-sampai terus teruja tengok cikabangs dan cikakaks semua lain dari kebiasaan! Biasalah, dinner katanya. Dengan tema 'colour blocking' menambahkan lagi keceriaan pada si pemakai, suasana, dan juga mood! Rasanya macam pertama kali tengok mereka-mereka ini berdandan, bersolek sehebat ini. Sampaikan ada yang tak kenal!hehehe

Gadis-gadis Physics department. :)

WE ARE FINAL YEAR STUDENT!

Majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Saya dijemput untuk memberi ucapan sebagai wakil pelajar tahun akhir. Teks ucapan itu...memang buat hati sebak. Susahlah bila kita sampaikan dari hati tapi terus terekspresi dengan riak muka dan intonasi suara. -__-

Ucapan wakil pelajar tahun akhir

Ucapan pengarah program

Acara penganugerahan kepada penerima-penerima anugerah juga berlangsung dengan lancar. Cumanya sepanjang pelaksanaan ada beberapa penambahbaikan yang perlu dipandang. Alhamdulillah 'ala kulli hal, saya menerima anugerah tertinggi kolej. Pingat Jasa Bakti.


Ini yang sempat saya tarik untuk bergambar. Sebenarnya ramai yang berperanan seperti mereka (penguat semangat sepanjang jatuh bangun saya sebagai presiden)

The girls I Love. Thanks for being with me. huhu



Kepada AJK pelaksana program, terima kasih tak terhingga atas penat lelah kalian menjayakan majlis. Buat sahabat tahun akhir, sekejap sahaja lagi masa untuk kita sama-sama menikmati indahnya persahabatan di tanah Serdang ini. Moga berjaya dunia akhirat. TERIMA KASIH atas semua kenangan bersama.

LEADERS Sedim [PART II]

Salam 'alaykum! Kita sambung cerita nak hari ni? hee

Perjalanan LEADERS bermula pada 14 Januari 2013. Seorang demi seorang peserta hadir mendaftarkan diri. Ada yang awal-awal lagi semangat mengalahkan aku. Ada juga yang muka penuh dengan tanda soal. Tak faham apa itu LEADERS. hehehehe It's okay my sayangs. Akak pon macam itu jugak.

Selama program, aku mula nampak semangat mereka. Sedikit demi sedikit bukan fizikal mereka saja yang hadir dalam aktiviti dan modul yang dijalankan. Sebaliknya 'jiwa' itu juga semakin kelihatan. Seronoknya bila lihat masing-masing semangat, bekerjasama, bersungguh-sungguh menyelesaikan tugasan dan melaksanakan aktiviti dengan jayanya. Dalam hati, NAK JUGAK MAIN! NAK JUGAK JADI PESERTA! Y___Y

Eh! Tahu apa yang paling aku suka dalam LEADERS kali ini? Aku sukaaaaa sangat bila aku boleh mendekati mereka-mereka di bawah pimpinan aku. Walaupun tak rapat sangat tapi aku boleh berbual, bergurau, bersembang dan macam-macam lagilah aku boleh buat dengan mereka-mereka ni. Kenapa? Sebab aku terasa ada jurang bila aku cuba nak dekati, ada masa mereka-mereka ni takut-takut je. Ehem! Saya ni Presiden je, bukan sultan ke, PM ke yang perlukan protokal khas waktu bersembang. huhuhu -__-

Water rafting! It's fun. I loveeee it!
As-solatu 'imad ad-deen

Flying fox time! Saya tak gayat. Saya enjoy! :D

The nurses. :p




The tree top walk
 Ini muka-muka adik-adik yang bakal saya rindui sangat-sangat. Anda semua inspirasi saya. Bersatu susah dan senang. Ceria dalam duka. Penuh dengan sikap positif termasuk pemikiran. Telatah kalian yang akan jadi kenangan kita bersama.









Kotak hati dan si jantungssss hati. :)

The fasi, the fellows and the alumni


With mommy kotak hati and ayyub. Gonna miss you a lot!
Will kept this. :)


Pesanan melalui Kotak Hati. Thanks all sayangs for the loves. :)


Aku yakin dan percaya mereka semua ada potensi untuk jadi pemimpin. Aku tak terlalu mengharapkan mereka sebagai pelapis aku dalam pimpinan kolej. Sekurang-kurangnya mereka adalah insan yang boleh memimpin. Menjadi seorang MUSLIM yang punya sifat kepimpinan. Punya aura pemimpin yang disenangi. Sungguh aku sayangkan mereka. Aku kasihkan mereka. Alhamdulillah hingga ke akhir masih lagi kami 'stick together'.

Orang kata, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Aku kata, IKATAN antara hati-hati kita akan membuat kita selalu KEKAL bersama dalam susah dan senang. In shaa Allah. Moga Allah berkati kita semua. Redha atas tiap apa yang kita lakukan. Uhibbukum fillah!

Buat anda semua, maaf andai selama ini saya kata-kata saya ada yang mengguris. Maaf juga atas ketidaksempurnaan saya dalam memberikan yang terbaik untuk kalian. TERIMA KASIH untuk semua kenangan yang kalian berikan kepada saya. TERIMA KASIH atas kasih sayang dan kepercayaan yang terpupuk selama kita bersama-sama dalam tempoh seminggu.

Jujur saya mula jatuh kasih pada kalian. Allah Maha Kaya mengizinkan saya bertemu dan berkenalan dengan insan-insan hebat seperti kalian. Moga kita semua najah dunia akhirat. Moga redha Allah kita miliki.

*doakan kak lilah awak-awak semua ni sukses ya!*


Keluarga LEADERS Sedim saya! The best FAMILY in K12!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...