Projek Silaturrahim

Salam 'alaykum! ^__^

Hati semakin berdebar-debar bila nak masuk semester akhir pengajian. Mana tak berdebarnya kalau projek asyik tersangkut tengah jalan. -__-

Sebulan cuti semester dan aku masih di kolej. Rancangan awal balik rumah tiap hujung minggu tapi itu pun tak menjadi. Projek oh projek. Tiap hari hadap muka 'supervisor'. Tiap hari jugak pening kepala nak analisis sample. Dalam keadaan yang pening-pening tahap boleh jadi punca migrain tu, macam biasa, aku juga yang memecahkan suasana. Dari sepi dan sunyi, aku bersuara tanya benda pelik-pelik yang kadang-kadang orang rasa tak penting pon. Tapi bagi aku penting!

Ok. Saya mengaku saya seorang yang suka bercakap. Cakap-cakap is my passion! But I know that when I'm talking too much, more mistakes that I made. So, I really need you guys to remind me, guide me, advise me. That's what a friend for right? heee ^__^

Main point dalam entry kali ini adalah....projek tahun akhir sebenarnya lebih pada projek silaturrahim! Percaya? Tak percaya? Terserah pada masing-masing. Kenapa saya kata begitu? Let me tell you something. Waktu sv aku mula-mula start mengajar dekat UPM, ramai yang tak suka cara mengajar dia. Ada yang menyampah, sakit hati, menangis sebab dia pun ada jugak! Can you imagine?haha Tapi bila aku sendiri masuk kelas dia, belajar dengan dia, tak adalah teruk sangat sv ni. Dia ok bila kita ok dengan dia. Kena baiklah dengan dia. Ala semua pun macam tu kan? Bila orang ni baik dengan kita, automatik kita pun baik dengan dia.

Selama 1 semester ber'fyp' dengan cikmoja dan sv memang aku rasa lebih mengenali insan-insan yang bagi aku ni memang hebat. Cikmoja jenis sistematik buat kerja. Ada target dan timeline. Haaaa hebat kan? Aku ni selalu jadi 'follower'. Ikut apa yang cikmoja plan. Tapi ada masa juga aku buat sendiri. Takkan kita nak ikut orang je kan? SV pulak, dia sangat workaholic. Fokus amat bila buat kerja. Tekun mengalahkan kita. Macam dia punya fyp pulak. :p Tapi sv baik. Banyak juga benda kelakar dia buat. Benda sengal pun ada. Jadilah kan. Tak ada lah dia asyik terperap dalam bilik hadap komputer 3 monitor tu je.

Dari mereka berdua ni, ada jugak macam-macam benda yang berlaku. Moment indah fyp orang kata! hehehe tapi tak boleh nak kongsi publicly. Biarkan ada dalam ingatan. ^__^ Semoga kita semua terus semangat siapkan fyp! uhuk-uhuk-uhuk *terus sakit -__-

p/s: oh ya. jangan lupa doakan kelancaran urusan saya dalam mengharungi semester akhir di UPM ok? =)

LEADERS Sedim [PART I]

Salam 'alaykum! ^__^

Rasanya sudah seminggu pun kem wajib kolej ini melabuhkan tirai. Destinasi kali ini di Kedah pula. Sungai Sedim. Tapi seperti biasalah. mula-mula buat di kolej dulu dan tiga hari terakhir baru ke Sedim. Ok sebenarnya sedikit blur nak update entry kali ni. SEBAB? Cerita ni dah sedikit basi. uhuhuhu maaf Y__Y

Let the story begin. LEADERS pada awalnya bergerak dengan progress yang tak dinafikan, memang perlahan. Tak mahulah menuding jari pada orang, pada persekitaran sebaliknya pada diri sendiri. Kesibukan menguruskan projek tahun akhir juga peperiksaan akhir yang hampir menjelma saat tu sesungguhnya memang mengganggu fokus pada LEADERS. Tahniah pada pengarah program dan juga setiausaha yang sangat komited! Kagum! Anda-anda ini memang gabungan yang mantopp! ^__^

Seminggu sebelum LEADERS, semuanya seolah tiada 'jiwa' LEADERS itu. Barisan fasi seramai 11 orang yang terdiri dari latar belakang berbeza merupakan satu kelainan untuk LEADERS kali ini. Bukan semua fasi adalah barisan MTM sebaliknya mereka yang punya nilai juga personaliti tertentu dalam membentuk dan melahirkan 'leaders' terbaik! 11 orang inilah sebenarnya memerah minda dan idea untuk modul-modul juga aktiviti bermanfaat kepada bakal peserta. Ya, 'team' ini sangat komited! Sangat bersungguh mahu menjayakan. 

ok ni je gambar terbaik. tak pelah kabur pon.hehe
Bermula dari detik itu (beberapa hari sebelum bermulanya LEADERS), mulalah sibuk bergerak ke sana-sini uruskan apa yang patut. Tidur pon tak cukup sangat sampai ada yang syahid tengah jalan. Semuanya berterusan hinggalah ke Sedim. Tahniah pada anda semua. Yang sangat supportive! ^__^

Pemimpin Terpilih

Salam'alaykum! ^__^

Masih dalam kem kepemimpinan di kolej. Bukan sebagai peserta. TETAPI sebagai seorang fasilitator buat pertama kalinya. Alhamdulillah atas kesempatan yang diizin Allah.
Apa yang hebatnya seorang pemimpin?
Apa yang dikatakan dengan pemimpin?
Apa perlu ada pada seorang pemimpin?
Apa yang perlu dilakukan oleh pemimpin?

Soalan-soalan itu sering berlegar dan terurai satu demi satu sepanjang kem ini. Pemimpin itu adalah kita. Nilai dan keberanian memimpin itu memang ada secara semulajadi. Namun ada juga yang perlu dilentur. Sedangkan kepetahan bercakap juga perlu dilentur, ini kan pula personaliti seorang pemimpin. Dan di sinilah aku melihat watak pemimpin dalam diri mereka.

Mereka insan terpilih. Berada bersama aku saat aku perlukan mereka. Mereka tulang belakang aku. Mereka jugalah keluarga yang penuh dengan nilai kasih sayang. Jiwa mereka besar. Mereka sentiasa dahagakan ilmu untuk lebih maju. JUJUR DARI HATI INI, AKU SAYANGKAN MEREKA.

Dari mula bersama sebagai satu pasukan, aku rasakan kami sangat dekat. Bergurau ibarat adik-beradik. Bersembang ibarat teman baik. Hormat dan 'respect' itu sebenarnya membuat mereka begitu istimewa pada mata aku. Inilah pasukan terbaik pernah aku miliki. Pasukan yang sentiasa berfikir demi ahli pasukan yang lain. Pasukan yang menghargai nilai sebuah amanah, tanggungjawab dan KASIH SAYANG.

Berfikir seperti pemimpin, bertindak seperti pemimpin, bercakap juga seperti pemimpin. Berhikmah! Sopan! Berfikiran jauh! Cepat belajar!

Buat rakan sepasukanku, AKU sangat menyayangi kalian. Sekejam mana pon perkara yang diberikan pada kalian, niatnya hanya mahu lihat kalian lebih maju mengorak langkah. Kerana itu, aku sentiasa ada untuk kalian. Itu janji aku! Kita adalah SATU! Kita adalah KELUARGA!

Moga tangisan dan pelukan hangat sesama kita tadi tersemat dalam sanubari. Sentiasa menjadi panduan diri. Kau adalah aku, dan aku adalah kau. Kita ibarat PUZZLE! Tanpa satu entiti, kita tak akan pernah lengkap. 

Harapan dari seorang Presiden, moga pasukan ini akan melakar sejarah dalam Kolej 12. Moga pasukan ini boleh memberikan kenangan terindah yang merupakan hadiah buat seorang pelajar TAHUN AKHIR seperti aku. Moga pasukan inilah yang sentiasa bersama dalam jatuh bangun aku.

*LOVE*

Fesyen

Salam 'alaykum!

Fesyen? Mak pernah jugak cakap aku bukan orang yang pandai berfesyen. Kalau boleh se'simple' yang mungkin aku capai. Asalkan aku puas hati dengan apa yang aku sarung dekat badan aku ni. Macam mana tak simple kalau aku pakai benda yang memang dah sedia ada, lepas tu aku match kan dengan apa-apa yang sesuai. Selalunya memang yang warna hitam jugaklah yang aku rembat. Sampai ayah pon pilihkan untuk aku baju warna hitam masa raja dan ratu hati aku ni shopping dekat Langkawi sana tu. Mula-mula sedih jugak sebab ayah tak tahu warna feveret aku tapi bila tengok baju yang ayah pilih tu, hmmmm boleh tahan Incheklias ni. hehehe

Pendapat aku pasal fesyen sangat mudah. Dengan menjadikan syariat sebagai panduan, kita yang perempuan ni nampak sangat indah dan sudah tentu sangat awesome! SIMPLE. Ya. Perlu simple. Maksudnya, kita gunakan seminima yang mungkin aksesori dan apa sajalah asalkan tidak berlebihan *aku bukannya tahu sangat.

Pakailah apa pun. Sarunglah apa pun yang membuat kita rasa kita cantik, kita sweet, kita comel, kita anggun. ASALKAN kita mematuhi piawaian yang digariskan oleh syariat. Senang kan nak berfesyen? Berfesyen dan bebas berfesyen tanpa rasa tak selesa dengan pandangan mata orang yang tak berhenti toleh-toleh pandang kita. Tudung yang lawa-lawa tu selalunya jarang, singkat tapi memang menarik. Kan? Islam itu mudah TAPI jangan kita pandang mudah ok. Islam tak kata jangan pakai tudung tu. Islam kata tutup aurat! Maknanya, sebelum pakai apa-apa tu, kita cek dulu pakaian kita dah tutup aurat betul ke tak.

Cara mudah nak cek adalah, tanya diri sendiri. AGAK-AGAK PAKAIAN YANG AKU PAKAI SEKARANG NI BOLEH BAWA SOLAT TAK? Kenapa? Sebab semua sedia maklum yang aurat perlu ditutup sewaktu mendirikan solat. Jadi, cara kita menutup aurat sewaktu solat itulah kita perlu aplikasikan dalam kod etika pakaian kita. Mudahkan? Bila kita tengah jalan-jalan dengan teman, keluarga, kemudian mahu dirikan solat, kita cuma perlu memperbaharui wuduk saja. Selesai wuduk, silalah solat dengan bahagianya. Tak perlu menunggu giliran untuk dapatkan telekung wakaf (andai kita tak bawak telekung), tak perlu juga kita rasa tak selesa dengan keadaan telekung wakaf yang kita guna itu.

kak dina

kak irma

kak ija

kak yatt

eh?! :p

Di akhirnya, semoga kita semua berfesyen selalu sebab Islam itu tidak menghalang kita untuk berfesyen. TAPI ingat ya semua, kita perlu menjadikan Islam sebagai panduan, bukan nafsu yang kita turutkan. Kita wanita yang diangkat tinggi martabatnya oleh Islam. Jadi kita kenalah jaga martabat kita. Fesyenlah comel-comel. Sebab perempuan itu fitrahnya dekat pada kecantikan. Suka pada kecomelan. *macam ciklilah!* 

JOM BERFESYEN DENGAN SYARIAT! *love*


Penjelasan Ala Retis!

Salam 'alaykum para pencinta Allah semua!

Alhamdulillah, selesai menjawab kertas terakhir untuk semester kali ini DAN secara rasminya, ciklilah sudah selesai semester ketujuh pengajian. yay! :D

Let me clear this for you.

Ada orang yang mengatakan ciklilah sudah pun menjadi tunangan orang. Kebenaran yang mahu dinyatakan, SAYA BELUM BERTUNANG dengan sesiapa pun melainkan dengan Pemberi Cinta dan Mak Ayah yang sangat dicintai.

Cincin di jari?
Cincin di jari manis tangan kanan ni baru berusia 2 tahun. Mak yang berikan selepas tolak cincin dan anting-anting zaman kanak-kanak ribena dulu-dulu dekat kedai. Di mana? Di KUALA PILAH! Itu pun, pilih sama-sama dengan mak DAN sebab tu cincin kami seakan sama! Kalau sebab cincinlah membuatkan semua semakin meng'iya'kan status 'tunangan orang' ni, maaflah sebab membuat anda semua menjadikan status saya sebagai satu isu hangat!

Saya bukan marah. Saya pun tak sedih. Saya KECEWA. Sebab ada orang cakap-cakap kaitkan status 'palsu' itu dengan pergerakan-pergerakan saya. Pelik sikit sebab sebelum ni tak ada pulak yang...ok abaikan :p

TERIMA KASIH sebab membuat saya merasakan ada yang kisahkan saya. :D
Bila sampai saat saya tunang nikah, in shaa Allah saya maklumkan.

O Allah, thank you for showing me the truth behind all this! *senyum bahagia*  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...