Konvo OH Konvo!

Salam'alaykum everyone!

Minggu belajar berakhir pada hari ini tapi ciklilah masih tak study. ok mentang-mentanglah exam mula minggu kedua nanti.

Tak lama dah nak habis belajar dekat Bumi Serdang ni. Bulan Februari nanti dah mula semester akhir. DAN semestinya hati rasa tak sabar nak konvo.haha Ok sebenarnya tadi tengok-tengok album meraikan konvo teman sekelas waktu di Penang Matriculation College dulu. SANGAT teruja dan sangat happening saat 'unplanned reunion' itu berlaku ok semua.hee

Bermula dengan panggilan telefon dari cikfarhana yang ajak ke UKM jumpa cikwani yang konvo pada hari tersebut (AHAD 21 Oktober 2012). DAN dengan bahagianya aku pun bersiap-siap sampai aku rasa aku dah cukup manis dan comel.hehehe Dalam hujan lebat yang turun mencurah-curah tu jugak aku bawa payung pasar tani berwarna-warni redah untuk masuk ke kereta YANG aku sangkakan kereta cikfarhana!cisss! Bila aku dah bertenang dalam kereta tu, only then aku tau yang aku sebenarnya di'surprise'kan oleh beliau. KERETA yang aku naik tu, kereta ehem-ehem ciknaz atau nama manjanya kak ira. hihihihi AKU BARU TAU yang depa plan nak 'surprise' kan cikwani tu nanti. OK TAK PE sebab aku suka surprise-surprise ni. So, i'm in! ^__^

pendekkan cerita, 'unplanned reunion' pon berlaku sesama rakan sekelas dan rakan sekuliah! I LOVE THAT! haha surprise, surprise dan terus ada surprise! mula-mula cikwani tersurprise dengan kewujudan aku dan cikfarhana sebab ciknaz tak cakap pon kami mai sama. kami tersurprise bila sishy pon mai sama nak raikan cikwani.ehem-ehem! rakan sekumpulan MUET aku dulu pon ada jugak datang! tau lah UKM jugak.heh! ni nak dengki ni semangat se'uni' pulak. NASIB ciklilah-cikfarhana gabungan mantap!hehehe So, inilah kami semua. Rakan-rakan sekuliah yang happening! ^__^

Ciknaz
Cikfarhana!
ciklilah sedang bersiap dibantu cikfarhana!hehe
Ini adalah kami yang happening!
Ini kami setelah BEHAVE!hehe

Yang berkaca mata belah kiri nilah sishy! si pemalu katanya. yang hujung sebelah kanan ni pulak incheafiq. beliau satu kumpulan MUET dengan cikwani-ciklilah.hehe lagi sorang kumbang tu inchemirul. Haa dia rakan sekuliah kami. F2!hehe cikfadh yang dicubet pipi oleh saya itu bukan rakan sekuliah atau sekelas pon. Tapi cikfadh seangkatan dengan ciknaz dan cikmirul waktu depa PDT (Program Dua Tahun) dulu.

The GIRLS!
mereka yang berkonvo sebenarnya.
Selesai bersama di UKM, semua ke MINES pulak. Kenapa? Sebab ciklilah dah kebulur lapar tahu!huhu kuat makan betul. Disebabkan tergesa-gesa sangat ke acara kolej, tertinggal payung pasar tani dekat kereta ehem-ehem ciknaz. Y___Y

Payung pasar tani berwarna-warni yang tertinggal. cikfarhana, simpan elok-elok!
Tuddiaaa! ciklilah dah grad!

Yay! shot wajib tiap kali konvo!haha
Ada pulak kan gambar pasangan-pasangan yang tiba-tiba ada waktu sesi bergambar kami ni.haha
Ok. ini cikwani dan inchemirul 
ini pulak inchemirul dan cikfadh
Eh?! siapa yang konvo?haha
ciknaz dan ehem-ehemnya
Semoga ukhwah kami dan keceriaan kami kekal hingga ke akhirnya! Konvo ciklilh-cikfarhana nanti jangan lupa datang ok! buat bagi happening macam yang ini jugak.hee


Angan-angan? INI IMPIAN!

Salam'alaykum everyone! :D

Semalam adalah hari yang penuh dengan angan-angan *at the same time is harapan dan impian ok!
Asyik terfikir mengenai kehidupan selepas tamat pengajian. Kenapa terfikir benda ni? Sebab bagi otak berehat sekejap dari buat THESIS, SLIDE, HADAM JOURNAL.

Pertama sekali berangan-angan nak jadi ummi yang awesome untuk generasi yang lebih awesome! Maka apa yang dilakukan, terus google buku-buku parenting!haha melampau tak? Pada pendapat saya, tak melampau sebab itu semua boleh dikira ilmu. :D Alhamdulillah bila pergi mana-mana taman syurga yang dihadiri speaker tokoh ilmuwan muslimah, banyak sangat tips keibubapaan diberi. Apalagi terus aplikasi dalam kehidupan. Macam mana? Senang sangat! Boleh cuba aplikasi dengan adik, dengan pelajar-pelajar sekolah, dengan sepupu sepapat, dengan anak jiran, dengan....dengan...ok dengan sesiapa sahajalah.

Kedua ialah berangan nak jadi isteri yang pandai layan suami dan keluarga. Sentiasa belajar untuk 'upgrade' diri jadi lebih baik. Lebih baik apa? Ala..tambah kemahiran yang ada. Kemahiran memasak, kemahiran menjahit, kemahiran dekorasi, kemahiran menceriakan rumah tangga, kemahiran interaksi dengan keluarga mertua, kemahiran landskap, kemahiran..kemahiran..aaaaa! banyak sangat kemahiran tahu? Makanya, ciklilah kena jadi suri rumah. Baru senang nak naik taraf diri. Pendapatan? haa waktu inilah nak jana pendapatan dari rumah. hehe :D

Ketiga pulak berangan nak penuhkan suasana rumah dengan budaya cintakan Islam dan Ilmu. Ada perpustakaan mini penuh dengan buku-buku rujukan dan motivasi, ada buat usrah/perbincangan mengenai sirah nabi/tafsir Quran-Hadith/ilmu fiqh-tauhid-tajwid. Solat 5 waktu pon kalau boleh mahu berjemaah. Makan pon berjemaah. Ya Allah seronoknya kalau macam tu!

Keempat. ehem-ehem. Mahu spend time dengan inchesuami dating hujung minggu dengan anak-anak dekat taman. Riadah sama-sama, main kejar-kejar sama-sama! helloooo, puan mama a.k.a puan ummi yang berjiwa muda dan berjiwa besar tau. Barulah boleh rapat dengan anak-anak nanti. ok dah! anda sudah 'over' dalam penulisan entry kali ini ciklilah =___="

Kelima
Keenam
Ketujuh

Yang lain-lain tak mahulah kongsi dekat sini. Yang disebut dekat atas tu sahaja yang untuk tontonan umum. Sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat yang tak ada rasa 'annoyingnyeee ciklilah'.hehehe :D

Ciklilah mahu sambung berkarya untuk thesis dan viva. Doakan semuanya baik-baik dan jaya ya! =)

*LOVE*

Kematian

Salam'alaykum!

Pernah tak kita terfikir sekejap mengenai kematian?
Pernah tak kita terbayang keadaan kita sewaktu kita meninggalkan dunia ini?
Pernah tak kita berdoa supaya kita tinggalkan dunia ini dalam keadaan yang baik dan semua redha atas pemergian kita?

Isnin, 10 Disember 2012.

Seawal jam 8.30 pagi dikejutkan dengan panggilan mengenai pemergian seorang junior kolej. Kemalangan motor sewaktu menuju ke kuliah. *can you imagine how it feels? sangat terkejut dan tersentap. Terus tak putus-putus hati mendoakan arwah. Pukul 9.30 pagi bergerak ke lokasi kemalangan. Semua sibuk uruskan urusan postmortem jenazah di Hospital Serdang hingga ke urusan menghantar jenazah pulang ke Tanah Merah. Alhamdulillah semuanya lancar.

Apa yang tersentuh mengenai pemergian arwah adalah status terakhir arwah di facebook.


Status-status di facebook semua berkisar mengenai pemergian arwah. Sifat arwah, kenangan bersama arwah dan juga mengenai langkah 'proaktif' untuk mengelakkan kejadian yang menimpa arwah berulang lagi. 


Sesungguhnya kematian itu sangat dekat dengan kita. Bila berlaku depan mata, barulah pintu kesedaran seperti diketuk! barulah terasa mahu bertaubat sungguh-sungguh! barulah teringat semua dosa maksiat yang telah dilakukan! 

Macam manalah agaknya jasad aku ni waktu aku meninggal nanti? Macam mana pulak orang bercerita mengenai aku bila aku dah tak ada lagi? Macam mana urusan jenazah aku nanti? Mudah atau banyak betul halangan?

Ya Allah, aku mohon agar andai aku pergi satu masa nanti, jasadku dalam keadaan yang elok. Pergiku diredhai keluarga, sahabat dan makhlukMu. Urusanku dipermudahkan dari dunia hingga ke alam akhirat. Dan moga semua mendoakan kebaikan buatku. ameen ya rabb!

AWESOME Weekend !

Salam'alaykum! :D
Moga kita semua memanfaatkan hidup hari ini dengan penuh keterujaan!

Kejadian hari ini adalah sesuatu yang sangat-sangat-sangat! Baik. Itu akan diceritakan dalam entry yang seterusnya ya. =)

HUJUNG MINGGU yang sangat memberi keterujaan pada setiap saraf, sendi, dan jiwa! Allah beri peluang untuk bersama-sama mereka yang kipas-susah-mati pada dunia fotografi. *ehem, me like it too but just I dont have those kemere-hebat-hebat plus lack of knowledge!
but then, I did it bersama-sama teman sepasukan yang tersangatlah OHSEM!hee lebiu girls!

lovely paddy field!
Apa ni? haaa inilah pertandingan yang kami masuk. Selangor Shine EcoPhotohunt 2012. Sebenarnya suka-suka masuk sebab dapat travel jauh sambil bergambar! Bergerak dari UPM ke Shah Alam dalam pukul 7 pagi. Sampai dalam pukul 8 lebih. Selesai flag off, terus ke Taman Seni Islam, Shah Alam. TERUJA! sebab sangat cantik dan ada orang buat walimah dekat situ. *ehem2, tak tangkap gambar dekat pelamin pon. takut hilang seri waktu saya nanti..hihi

Pengembaraan diteruskan menghala ke Sabak Bernam tapi mestilah berhenti dekat beberapa checkpoint kan. Kapar - Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sekinchan - Sabak Bernam!

Kapar --> makan nasi lemak
Kuala Selangor --> bersama lotong!
Tanjung Karang --> belajar proses padi menjadi beras. Tradisional ya!
Sekinchan --> bahulu! yummy!
Sabak Bernam --> durian, rambutan, rumah kedai lama. menarik!

Selesai meneroka bumi Selangor sampai ke sempadan Perak, singgah ke rumah nenek untuk berehat sebelum sambung perjalanan pulang ke Serdang. Nenek sangat baik masakkan mi goreng dan bekalkan coklat! yahuuuuu! :D

Rezeki dari Allah, kami dapat hadiah saguhati. Pencapaian yang menarik untuk first timer macam kami yang tak ada target melainkan mahu bersuka ria bersama-sama! moga kita kekal begini ya! hilang segala tekanan fyp sebentar. 

Welcome! Jom hayati keindahan alam ciptaan Allah!
I snap this! bravo ciklilah!
Tampi ala tampi~~


The treasure for orphanage.
Madhihah yang keseraman dengan lotong. hehe chill la sayang ui.

Hamizah yang frust dengan lotong yang makan plastik! tu lah. tamak lagi inche lotong!grrrrrr!

bersama mock check yang berharga RM10 =__=''

Terima kasih untuk pengalaman ini ya! Sayang kamu-kamu. Moga ukhwah kekal hingga ke jannah nanti. OK! Jom fokus FYP! :D

CHANGE from Heartless to...?

Assalamualaikum buat anda yang sentiasa dikasihi Dia.

Sekarang status emosi saya dalam keadaan yang tak stabil. Selalu cepat berubah-ubah tapi alhamdulillah tak cepat rasa nak marah pulak cuma cepat terasa, cepat nak termenangis dan cepat tersentuh.

JUJUR, memang tak suka rasa macam ni sebab sesungguhnya rasa begini kadang-kadang menyesakkan dada. Membuat diri resah selalu sebab terlalu mudah rasa simpati dan empati hadir. Adakalanya tidak pada tempat yang sepatutnya.

ADAKAH si gadis ini sudah mula bercambah perasaan dan naluri keperempuanan dalam dirinya? Sebelum ini berbangga sungguh dengan diri yang 'tidak berperasaan'. Semua pakai redah, buat tak endah dan abaikan perkara yang dirasakan remeh.

At one side, ALHAMDULILLAH! Dia telah mencambahkan 'rasa' itu dalam diri. Menjadikan diri semakin hebat berperasaan. PERASAAN apa sekalipun, semua itu adalah ciptaan Allah. Allah ciptakan untuk kita manusia mewarnai kehidupan dengan penuh warna-warni, dengan penuh keindahan, dengan penuh rasa cinta!

Punya pelbagai perasaan buat hari penuh ceria! hihi

JOM jadi insan yang punya pelbagai rasa indah dan cinta!
TERIMA KASIH ALLAH!   


Keutamaan

Assalamualaikum semua khalifah Allah di bumi. =)

Pernah tak dengar kisah seorang jurugambar non-muslim yang kembali ke agama fitrah ini selepas membaca Al-Quran? Ruben Abu Bakr. Seorang warga Australia yang mempunyai pemikiran skeptikal terhadap agama ini. Islam itu katanya adalah keganasan. Muslim adalah pengganas. Bagaimana hati seorang yang benci kepada Islam ini boleh tertaut erat pada agama fitrah ini?

ha meh cari video pasal Ruben Abu Bakr dekat youtube..hee SANGAT MEMBERI INSPIRASI. Sebenarnya cuma nak cerita dekat sini. Dalam apa sahaja yang kita lakukan sebenarnya sentiasa membawa kita kepada mengingati, mengagungkan dan mengutamakan Islam. Ya, agama yang kita anuti, yang kita imani, yang merupakan cara hidup kita.

Kalau kita seorang jurugambar, jadilah jurugambar yang mengambil gambar-gambar kebesaran dan keagungan ciptaan Allah. Kalau kita doktor, jadilah doktor yang berkhidmat kerana Allah. Ilmu yang kita dapat ini adalah pemberian Dia supaya kita mampu untuk lebih mendekati Dia dan membawa insan sekeliling kita turut sama mendekati Dia. 

Ya, memang sukar meletakkan keutamaan itu pada tempat yang selayaknya. TETAPI kalau kita langsung tidak berusaha, memang akan selamanya kekal begitu. JOM! kita sama-sama meletakkan Allah sebagai keutamaan hidup. RedhaNya yang kita mahu. AmpunanNya yang kita perlu. KasihNya yang kita damba selalu.


Moga rahmat Allah sentiasa memayungi kita. Tiap helaan nafas kita, tiap denyut nadi kita, tiap degupan jantung kita. Kita HANYA punya Allah dalam waktu susah dan senang. Kita HANYA miliki Allah untuk mengadu segala suka duka. Kita HANYA mengharapkan Allah dalam meniti dugaan dan cabaran kehidupan. Sematkan dalam hati. ALLAH MATLAMATKU! insyaAllah. Semoga kita semua mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Rindukan Kalian

Assalamualaikum buat hambaNya yang sentiasa dirahmati.

Walau sudah lebih 2 bulan pengalaman ini ditinggalkan, namun segalanya masih utuh di ingatan. Perasaannya masih segar seolah baru beberapa hari meninggalkan mereka.

Saya bukan seorang yang sempurna. Bukan juga seorang yang bijak. Apatah lagi seorang yang terurus kehidupannya. Namun saya cuba untuk menyumbangkan sedikit ilmu yang saya ada buat perkongsian bersama mereka.

Hari pertama di sana, masing-masing seolah tidak gemarkan aktiviti yang bakal mereka jalani. Ada yang asyik bersembang, ada yang tidak mahu hiraukan kami malah ada yang memperlekeh apa yang kami lakukan. Namun ukhwah itu memang indah. Saat situasi itu seolah menjadi jurang yang besar untuk kami mendekati mereka, muhasabah bersama dilakukan. Syukur ya Rabb kerana setiap dari kami masing-masing punya kesedaran dan keinginan. Kesedaran tugas sebagai muslim yang mahukan muslim lain terus mengorak langkah jaya. Keinginan menimbulkan semangat mereka untuk terus berjuang tatkala hati mereka ada yang telah mengaku kalah sebelum berjuang.

Mata mereka seolah sentiasa berbicara. Penuh kerisauan dalam menghadapi SPM yang bakal menjelma. Tawa mereka benar-benar ikhlas. Hati ini mula jatuh kasih dan sayang pada mereka. Pertemuan yang hambar semakin terlihat unjuran positif. Masing-masing mula tegur-menegur. Ada yang datang ke bilik dan bersembang hingga tersengguk-sengguk menahan rasa mengantuk. Telatah mereka sejujurnya AMAT saya rindui.


Buat adik-adik yang disayangi, demi Allah, akak kasihkan kalian. Terlalu ingin melihat kejayaan kalian.  Gembira saat kalian masih menghubungi, berbual, bersembang. Sekurangnya terubat rasa rindu, pudar rasa risau pada kondisi kalian yang jauh di mata dekat di hati. Moga SPM yang bakal ditempuh nanti kalian berjaya dengan cemerlang. Ukhwah kita tidak berakhir saat kami melangkah keluar dari bumi Tekche namun ukhwah ini sentiasa akak bawa ke mana akak pergi. Dalam satu-satu masa akak terlalu ingin ke sana lagi. Melawat kawasan sekolah sambil mendengar penerangan dari kalian yang penuh dengan keterujaan. Moga saat itu Allah izinkan, kembali ke Tekche bertemu kalian.

Salam sayang buat kalian, insan yang TABAH dan KENTAL menghadapi kehidupan. Akak mohon maaf andai ada tersalah tutur dan tingkah laku. Moga ada yang bermanfaat buat kalian sepanjang perkongsian dahulu. Do KEEP IN TOUCH. 

All the best untuk SPM. All the best dunya wal akhirah! ameen.

Agensi Nuklear Malaysia

Assalamualaikum warahmatullah buat umat Muhammad s.a.w

selesai praktikal selama 2 bulan di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi.
sejujurnya memang sangat bersyukur berpeluang menjalani praktikal di kawasan yang memang praktikal.hehe
bersama-sama supervisor yang tersangat baik, tidak lokek dengan ilmu yang ada, sentiasa membantu sepanjang menjalankan projek JUGA membantu memastikan laporan akhir ditulis dengan grammar yang lebih baik (I kan tak dapat BAND 6 waktu MUET dulu.kikiki)
sangat membantu dalam membina keyakinan diri, mengukuhkan kefahaman dan keselesaan bekerja dalam suasana baru. terima kasih banyak-banyak Dr. Ilham Mukriz Zainal Abidin.

rakan-rakan makmal pula sangat 'happening' ! sungguh ni. tak tipu atau berpura-pura.hehe
memang saya tak banyak ilmu tapi mereka sering membantu
diskusi dan interaksi membuat kami lebih mesra seolah sudah setahun berkenalan. (erk?yeke?)
yang paling saya suka bila kami mengamalkan budaya 'U tak tau, I tolong U. I tak tau, U tolong I'
ok budaya tu, saya yang bagi nama. ekekeke

untuk keseluruhannya, pengalaman praktikal ni sana sangat berharga. belajar berkomunikasi dengan staff, berinteraksi dalam suasana mesra. APA yang buat jadi selesa? semua staff sangat HELPFUL. alhamdulillah. alhamdulillah. moga kalian semua sentiasa di bawah naungan rahmat dan redha Ilahi.

untuk Rin, Yus, Hani, Kak Hafzan, terima kasih atas semua pengalaman bersama. gonna miss all memories we spent together.
untuk Dr. Ilham dan En. Ikhsan, saya dah sampaikan pesanan dekat board. hehehe yang penting silalah beli kuih raya saya lagi. HAHA

untuk semuanya, I LOVE U ALL. insyaAllah for the sake of Allah ameen. 
moga ukhwah yang terbina kekal ke jannah.
kalau nak ajak makan-makan, call me.hihihihi


Objektif Al-Quran

Assalamualaikum wbt buat semua hamba Allah yang sentiasa di bawah lindunganNya.

Alhamdulillah wasyukurillah selesai semester keenam saya di bumi Serdang ini. insyaAllah dengan izinNya semester hadapan saya sudah bergelar pelajar tahun akhir. tak sabar gembira rasanya!

Perkongsian kali ini saya mahu bawa kalian dekat dengan Al-Quran insyaAllah. saya juga bukan begitu arif tetapi ini adalah satu ilmu baru saya dan saya kira perlu untuk kita selaku MUSLIM yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita ini meneliti dan memahami OBJEKTIF Al-Quran itu sendiri

Kenapa? Setidaknya kita tahu mengapa Al-Quran diturunkan. Apa sebenarnya yang Al-Quran mahu kita fahami dari pembacaan kita? 


7 Maqasid Al-Quran ( dari Al-Qardhawi)


---> memperbetulkan aqidah dan fahaman (ideologi)


---> memuliakan insan dan menjaga haknya


---> suruhan (perintah) untuk beribadah kepada Allah


---> membersihkan jiwa


---> membentuk keluarga bahagia dan menjaga (membela) wanita


---> membina bangsa yang syahid (berjuang / pemimpin) kepada manusia


---> mengajak semua manusia saling berdiplomasi (membantu)



ha..dah tahu kan? saya pun baru tahu mengenai ini. 
Jadi, apa kata kalau kita sama-sama meneliti objektif-objektif Al-Quran dan kita mula teliti ayat-ayat yang kita bacakan hari-hari. Pasti ada salah satu dari objektif di atas dalam ayat yang kita baca. 

Lagi Mengenai Sabar

Assalamualaikum. =)

Alhamdulillah Allah masih memberi pinjaman jasad untuk terus berfungsi baik. insyaAllah.
LAGI MENGENAI SABAR?

Al-Baqarah 153.
Allah telah menyediakan kita panduan saat Allah hadapkan kita dengan ujian dan musibah. Tujuan ujian? Allah mahu menguji tahap kebergantungan kita pada Dia. Tujuan musibah? musibah itu hasil dari tindakan yang kita lakukan. istilah kini, orang kata 'Allah bayar cash kat dunia ok'..musibah juga khusus untuk menduga keimanan kita pada Dia, Allah yang Maha Agung!

SABAR dan SOLAT. manual atau panduan yang telah Yang Maha Pengasih titipkan khas buat kita. SOALANNYA, berapa kerapkah kita lakukan 'guideline' yang Allah beri ini tatkala kita berhadapan dengan musibah, ujian, cabaran dan apa sahaja yang kita rasakan benar-benar menguji diri kita?

Hina sangat rasa diri tatkala membaca ayat-ayat cinta dari Kekasih Abadi. Allah turunkan penyakit dan Dia juga menurunkan penawarnya. Allah turunkan ujian dan Allah turut menurunkan pada kita cara untuk melepasi ujian ini dengan hati yang bahagia. Allah beri kita rezeki yang melimpah-ruah dan Allah juga beri panduan pada kita untuk mengurus harta sebaiknya.

Dapat lihat tak betapa SWEETnya Allah?
Kenapa kita tak nak ikut apa yang Allah minta ya?
Allah tak mintak banyak pon. 
Hanya TAAT PERINTAH-NYA, TINGGALKAN LARANGAN-NYA

ya, memang sukar kerana jalan menuju kebaikan itu tidak pernah sunyi dari pelbagai cabaran datang dari setiap arah dan penjuru.
semoga kita semua bersama-sama terus melangkah menuju redha Ilahi.
berjuang melaksanakan tuntutan dan panduan hidup Islam dalam amalam harian.
ameen. moga redha Allah milik kita bersama. ^__^



Akulah Bidadari Itu

Dengan nama Allah, zat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan!

Alhamdulillah syukur yang teramat sangat setelah hampir berminggu juga perasaan tak tenteram dek kerana program hujung minggu yang berderet-deret membuatkan saya hampir-hampir sahaja tidak dapat menyertai konvensyen yang mengumpul bidadari-bidadari dunia. Allah bukakan juga jalan saat program ditangguhkan dan bayaran penyertaan turut dikurangkan buat pelajar. Subhanallah! Alhamdulilllah! sungguh Allah itu memberi tanpa hambaNya meminta pun.

Konvensyen Bidadari Dunia 2012 adalah satu konvensyen anjuran ILuvIslam pertama yang saya hadiri. Subhanallah! memang satu penganjuran yang sangat-sangat OSEM! tak sia-sia buat sesiapa yang hadir. insyaAllah. walau ada yang tidak dapat hadir, tak mengapa. insyaAllah untuk penganjuran akan datang, moga Allah beri kelapangan.

Sepanjang konvensyen dijalankan, 2 hari bermula 9 pagi hingga 10 malam, terlalu banyak ilmu yang dicurahkan dengan penuh kasih oleh setiap panelis. kalau mahu dihuraikan satu demi satu dengan perkataan mungkin sukar buat saya berbanding huraian dengan lisan. keseluruhan panelis yang menyampaikan ilmu membawa kepada satu perkara asas dan kesimpulan.

untuk menjadi mar'ah solehah (wanita solehah) :
  • cintakan Allah, cintakan Rasul.
  • cintakan makhluk kerana Allah.
  • benci apa yang Allah benci
Muslimah sekalian, sungguh sukar untuk kita mencapai tahap SOLEHAH itu di saat dunia kini dipenuhi dengan pelbagai cabaran. Namun, itulah cabaran buat kita. MUSLIMAH MODEN yang anggun mengikut syariat Ilahi. Yang dirinya dihiasi dengan akhlak Islamiyah. Saya berjuang untuk itu. Solehah idaman setiap dari kita. Bermakna ramai yang berjuang di jalan menuju SOLEHAH. Maka, kita tidak pernah sendiri. Pimpin dan bimbinglah setiap dari kita. InsyaAllah di jannah Allah kita berjumpa semula. Pertemuan yang hakiki dan abadi. =)


Law Kaana Bainana


Assalamualaikum.
Semoga kita semua berada di dalam perlindungan Allah Yang Esa. Ameen.

Di hujung bulan kelahiran Rasulullah ini hati menjadi lebih sayu tatkala teringatkan kembali perjalanan Baginda menyebarkan dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok dunia. Terkenang pula betapa kasih dan cintanya Baginda pada umatnya yang tidak pernah Baginda temui. Allah...sebak hati. Selawat dan salam buat Baginda, manusia paling sempurna yang dicintai Allah.

Bila bersendiri dan memikirkan keadaan diri kini, terasa malu dengan Baginda. Mengaku cintakan Nabi, kasihkan Nabi tapi sering saja larangan Baginda yang dilakukan. Rindukan Nabi tetapi lagu-lagu yang melalaikan itulah yang sentiasa meniti di bibir berbanding selawat dan salam buat Baginda.


Andai Muhammad s.a.w ada di samping kita pada saat ini, teringin sekali bersemuka dengan Baginda dan minta didoakan kesejahteraan diri di dunia akhirat. 
TETAPI
adakah mampu untuk aku lakukan? dengan keadaan diri yang penuh disaluti dosa.
dengan keadaan diri yang terlalu banyak mengabaikan sunnah-sunnah Baginda.
dan mungkin juga diri ini begitu banyak mendatangkan pandangan negatif pada Islam.
adakah Rasulullah mahu memandang aku jika aku berdiri di hadapan Baginda?
atau Baginda terus memalingkan wajah?

...Allah...
*sebak*

Di tahap mana kecintaan kita pada Baginda?
Apa reaksi kita bila tiba-tiba Baginda muncul di hadapan kita, lagi-lagi kita sedang melakukan kemungkaran?

ADAKAH KITA MAHU MENJADI UMAT YANG BAGINDA BANGGA KE ATASNYA ATAU BAGINDA MALU KE ATASNYA?

Jom kita sama-sama pilih dan lakukan sebaiknya. Rasulullah sebelum wafat ada mengatakan betapa mulianya umat akhir zaman. Baginda bangga dengan umat yang mengamalkan sunnah dan ajaran Baginda walau tidak pernah sekalipun menatap dan berjumpa Baginda. 

Khas Untuk Kita, Umat Muhammad s.a.w

Semoga di akhirat nanti kita dapat berjumpa dan tinggal bersama Baginda di jannah. ameen...

Contest I Love Hijab by Nliyate

Assalamualaikum
Semoga kita semua berada dalam dakapan kasih sayang Dia. Ameen.

Entry kali ini untuk menyahut seruan sepupuku sayang yang mengesyorkan saya untuk menyertai contest dari Nlliyate ni. Ini adalah banner untuk contest yang dimaksudkan.


Kenapa korang bertudung?

Sejujurnya permulaan mengenakan tudung hanya sekadar memenuhi peraturan sekolah rendah agama. menjangkau usia 13 tahun barulah lebih istiqamah mengenakan tudung sewaktu keluar rumah TETAPI hanya untuk keluar berjalan tidak ketika sidai baju di ampaian, buang sampah di tong sampah depan rumah dan di kawasan sekeliling rumah. Astaghfirullah! terasa jahil sangat diri dalam  TUJUAN BERHIJAB yang sebenar. Alhamdulillah hidayah Allah s.w.t itu sampai juga ke hati. Minat pada buku ilmiah akhirnya membuka mata saya pada tujuan sebenar saya bertudung. Bertudung kerana ALLAH S.W.T SEMATA-MATA. Bukan kerana fesyen, bukan kerana segan tatkala bersama teman-teman yang bertudung malah bukan kerana berada pada suasana yang memerlukan saya untuk cover my aurat. Bermula dengan bertudung ala kadar (sekadar tutup kepala), saya mula melabuhkan tudung mengikut tetapan syariat insyaAllah. Dengan bertudung sesungguhnya membuat saya rasa lebih selamat dan lebih terjaga dari perkara-perkara yang membawa kepada kemudharatan. Contoh termudah, saya terasa diri ini tidak menjadi tarikan untuk tatapan mereka yang bukan ajnabi, juga memelihara diri saya dari melebihi batas pergaulan. Jadi, jawapan pada soalan ini adalah, saya bertudung kerana Allah perintahkan saya untuk menutup aurat saya dan saya yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk saya SEBAB Dia sangat sayang setiap hambaNya. Kalau sayang Allah, kenalah ikut kata Dia kan? hee


Bertudung buat aktiviti korang terbatas tak?

Mungkin ada yang kata terbatas. Bagi saya, pemakaian tudung dan busana yang membantu kita sempurna menutup aurat sangat tidak membataskan aktiviti seharian. Dengan mengenakan tudung labuh menutup dada dan baju menutup bawah punggung pun, saya masih mengikut aktiviti lasak seperti eksplorasi gua. Dalam aktiviti ini, saya perlu merangkak, meniarap dan banyak lagi gaya perlu dilakukan untuk membolehkan diri melepasi lubang masuk dan keluar gua yang kecil. Aktiviti berakit pun saya sertai tanpa masalah. Sebaliknya, dengan berpakaian beginilah saya dapat berfikir dengan lebih kreatif on how to do this, how to do that dengan cara yang tidak melanggar syariat (tidak bersentuhan sesama yang bukan muhrim, berurusan dengan mengikut batas). Mungkin keterbatasan itu wujud pada aktiviti yang memerlukan saya mengenepikan tuntutan syarak. Sungguh dulu, saya gemar sangat-sangat menari. Pantang ada kelas atau kelab tarian, mesti mahu ikut serta tetapi alhamdulillah minat itu berjaya diketepikan tatkala Islam menjadi keutamaan saya. 

Well, Islam itu indah dan tidak memberatkan penganutnya jadi takkan Islam melarang sesuatu perkara jika perkara itu membawa kebaikan kan?

saya mahu tag

maaf, gambar saya tak letak ye. privacy. hehe

Sambutan Tahun Baru 2012

salam'alaik semua! semoga redha dan rahmat Allah s.w.t sentiasa memayungi kita. ameen. 

Alhamdulillah walau agak terlewat untuk berkongsi sambutan ambang 2012 yang saya lalui bersama kalian, akhirnya hari ini Allah beri sedikit kelapangan dalam saat sedang menempuh minggu imtihan ini. beberapa minggu sebelum 1 Jan 2012 muncul, saya sudah sibuk mencari-cari di enchek Google dengan bantuan puan Tenet mengenai mana-mana acara sambutan malam tahun baru. dengar macam desperate kan? bukan apa. seminggu menghadap nota-nota kuliah kerana study week bermula agak menjadikan otak saya 'cramp'. jadi mahu mencari sesuatu yang boleh buat otak berehat sebentar disamping mengisi masa dengan aktiviti yang ada pengisian. 

ada beberapa aktiviti yang saya cuba cari pada mulanya. 
PERTAMA - XPDC DAKWAH anjuran GAMIS. Allah sahaja tahu bagaimana saya terlalu teringin pergi ke aktiviti ini. sangat teringin. tahun lepas saya tiada teman mahu ke sana tahun ini saya gagal mencari butiran mengenai aktiviti ini. sedih jugak bila kawan maklumkan dia sertai aktiviti ini. semoga Allah izinkan satu masa nanti.

KEDUA - Himpunan 1000 Umat 1 Hati anjuran Raudhatussakinah. yang ini saya teringin nak pergi kerana tarikannya ialah ada larian. terasa lama tak lari ramai-ramai macam marathon tu. tapi kekangannya ialah saya tak tahu bagaimana mahu ke Masjid Negara dengan kenderaan awam lagi pula kenderaan sendiri.

KETIGA - Jom Santai Bersama GeMS di Dataran Shah Alam. yang ini saya tahu di mana dan dekat dengan rumah saya. lewat malam mahu pulang pon tak jadi masalah insyaAllah. akhirnya saya memilih untuk pergi ke aktiviti ketiga setelah mendapat undian tertinggi dari ciktin, cikrireen dan cikna. heee nak tengok poster? mesti dah biasa nampak sebab ada UAI.hee

Ustaz Syed Norhisham dengan IM Asyraf tak dak pon.
alhamdulillah semua berjalan lancar dan sangat menggembirakan hati walau terpaksa menukar sedikit perancangan asal untuk iktikaf di masjid. pertama kali ke sambutan tahun baru dan pertama kali juga ke sambutan yang selalunya penuh dengan nyanyian dan penonton yang tak sedap dilihat tetapi yang ini dipenuhi dengan ilmu dan mereka yang pakaiannya subhanallah!sejuk mata memandang dan rasa selamat pegi tempat gini.

semoga tahun baru masihi yang hadir selepas lebih kurang 2 bulan berlalunya tahun baru Hijrah ini juga membawa pembaharuan dalam diri kita. baik sampai sini je dulu. mahu sambung study untuk next paper. hehe doakan saya dan kawan-kawan ye! ^___^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...