1st Pregnancy : Suntikan Tetanus (ATT)

Assalamualaikum warahmatullah!

Awal bulan Ogos lepas, aku kena ambik suntikan anti tetanus yang juga dipanggil ATT. Suntikan ni biasa orang kata vaksin kancing gigi. hehehe nurse yang biasa cek aku waktu check up bulan 7 tu tak ada pulak bagitau nak cucuk aku next appoinment. Makanya, tak sempatlah aku nak study pasal apa benda ATT ni ha.

Dipendekkan cerita, bila masuk bilik rawatan biasa tu, nurse pun jalankan pemeriksaan rutin. Cek abdomen, tengok usia kandungan, cek tekanan darah dannnn "ok hari ni awak kena ambik vaksin kancing gigi ye" aku pon terus krikk krikk krikk sebab tak tahu apape pasal benda tu. hahaha maybe nurse perasan level 'blur' aku, dia pun cerita sikit sambil tangan lincah menulis dekat buku pink aku. So, ada sedikit maklumat dia bagi dekat aku as below okeh.

Apa suntikan tetanus ni?
Macam aku bagitau dekat atas tadi, suntikan ni adalah vaksin untuk mencegah jangkitan tetanus. Bahasa mudahnya, mencegah kancing gigi. Punca terjadinya kancing gigi ni adalah daripada jangkitan kuman (tak tau nama kuman tu =.=) yang merosakkan saraf kita dan boleh menyebabkan kekejangan dan maut. Sebab tu orang kalau kena kancing gigi ni, badan macam kejang habis. 

Penting ke ATT ni?
Selain dari tawakal kepada Allah supaya ibu dan anak selamat, pengambilan ATT ni pun salah satu usaha pencegahan bagi mengelakkan jangkitan kuman tu. Kalau tanya aku, pentinglah hoi. InsyaAllah suntikan yang kita ambik tu akan membentuk antibodi pada badan ibu dan anak yang dikandung bagi mengelak dari berlakunya perkara yang tidak diingini. 

Macam mana boleh kena jangkitan kuman ni?
Nurse yang cek aku bagitahu, waktu bersalin nanti, kebanyakan peralatan yang digunakan adalah dari besi. Walaupun peralatan dekat hospital insyaAllah dijamin bersih dan bebas infection, langkah berjaga-jaga juga perlu diambil. Lepas tu, nurse ada cakap jugak. Kalau ditakdirkan tiba-tiba bersalin dekat rumah ke, dalam kereta ke, mungkin ibu lebih terdedah dengan kuman-kuman ni. Sebab tu langkah pencegahan awal ni diambil. haaaaaa gitu!

Berapa kali suntikan ATT kena ambik?
Untuk kehamilan pertaman, kena ambik 2 kali. Aku kena suntikan pertama masa check up bulan 8. Suntikan kedua adalah pada check up seterusnya iaitu bulan 9 pulak. TAPI bagi kandungan kedua dan seterusnya, ibu hanya diberi satu kali suntikan sahaja. Biasanya bila kandungan dah stabil (trimester kedua) baru nurse akan bagi suntikan ATT ni. Aku kena waktu mengandung 21minggu (lebih kurang 4 bulan).

Sakit tak masa suntik ATT?
Aku memang jenis tak takut jarum dan dah lali dengan kerja cucuk mencucuk ni. Yelah, dah tiap bulan check up kena ambik darah kan. hehehe alhamdulillah, aku tak rasa sakit sangat. Tapi memang bila vaksin tu masuk je, terasa jugaklah keperitan dia sikit. Lepas tu, terus rasa lenguh tangan. haha nurse yang buat tu pesan suruh tahan nafas masa dia nak cucuk masuk vaksin tu. Efektif jugak sebab kurang rasa sakit dia. Next suntikan, aku try tak tahan nafas (nafas macam biasa) memang lebih perit rasa sakit tu..wuwuwu

Kesan lepas kena suntik ATT?
Based on pembacaan aku dan pesanan dari nurse, akan ada rasa lenguh yang amat dalam tempoh 2-3 hari macam tu. Bagi kes aku pulak, alhamdulillah masa first injection tu tak rasa apape. Memang rilek je buat itu ini, tak ada rasa lenguh langsung. Second injection tu baru aku ada rasa lenguh dan sakit area tempat kene cucuk tu. makan masa 2-3 hari jugaklah. Ada kes lagi dahsyat, sampai demamlah si ibu lepas ambik ATT. Kesimpulannya, bergantung pada diri dan rezeki masing-masing Allah nak bagi rasa macam mana. heee

Sekian bebelan aku pasal ATT ni. Tak teruk mana pun ATT ni sebenarnya. Nasib aku tak baca sebelum kene cucuk. Sebab ramai betul komen kata sakit sampai demam lah, nangis lah, macam-macam. Boleh melemahkan motivasi aku betul. hahaha


1st Pregnancy : Buka buku pink! :D


Assalamualaikum warahmatullah!

Haaaa! Untuk semua bakal-bakal ibu, buat buku pink ni perlu sanga ok bila tahu kita mengandung. Buat dekat klinik kerajaan of course. Kalau buat dekat klinik swasta, buku dia warna lainlah agaknya. hehehe

Bila nak kena buat?

  • Bila kita buat UPT dekat rumah dan tengok keputusannya positif, seeloknya terus pergi ke klinik kesihatan atau klinik desa terdekat untuk buat pengesahan bahawa kita mengandung atau tidak. Tapi macam dalam kes aku, aku pergi klinik swasta je sebab pegi waktu malam lepas suami habis kerja. hehehe
Apa dokumen yang perlu dibawa untuk buat buku pink?
  • Ok. Untuk dokumen ni mungkin berbeza mengikut klinik tempat masing-masing. Tapi, basically klinik akan minta kita bawa sijil nikah, kad pengenalan suami & isteri (yg ni memang selalu bawa kan?hehe), bil utiliti macam bil air atau bil elektrik (tujuannya nak tahu alamat tempat tinggal kita supaya nurse boleh buat rawatan susulan dekat rumah bila perlu)
Lama tak masa yang diambil untuk buat buku pink ni?
  • Jawapan untuk soalan di atas adalah tidak tentu. Bergantung kepada klinik masing-masing. Macam waktu aku buat dulu, tak lama sangat tapi memang lebih sejam jugaklah. hehehe Mula-mula sekali kena ambik darah. Tujuan ambik darah ni adalah untuk dapatkan maklumat darah jenis apa, rhesus positif atau negatif, ada HIV atau tak. Lepas tu, kena buat ujian air kencing untuk tengok samada kita ada kencing kotor atau tak. Ukur berat dan ketinggian untuk dapatkan BMI kita sewaktu mula buka buku ni. Ini pun penting sebab berat badan ibu mengandung sentiasa dipantau untuk mengelakkan ada masalah kesihatan lain macam darah tinggi dan diabetes. 
  • Selesai semua tu, baru kita akan masuk bilik nurse untuk dapatkan konsultansi dari beliau. Nanti dia akan bagi maklumat awal berkenaan penjagaan kandungan, tanda-tanda keguguran, penjagaan pemakanan dan sebagainya. Kemudian, kita kena tunggu giliran untuk jumpa doktor pula. Ini adalah wajib sebab doktor akan scan perut untuk tengok kedudukan baby dan uri dalam rahim.
Oh! aku buat buku pink ni waktu kandungan dah 12 minggu lebih kurang. Ada je yang buat lebih awal sebab waktu dia buat pengesahan kehamilan dekat klinik kesihatan, terus boleh buat buku pink.


1st Pregnancy : Scan baby buat kali PERTAMA!

Assalamualaikum warahmatullah!

Ramai orang ada tanya bila seseorang itu mengandung. Scan dah? Dah tau jantina baby (melalui scan)? Yang paling penting sebenarnya ialah, bila boleh scan? hehehe masa awal-awal tahu aku mengandung (5 minggu kehamilan), suami call kak ipar tanya macam mana nak buat check up, upt, dan benda-benda yang perlu dibuat awal-awal pregnancy. So, kak ipar aku bagitau bila boleh buat buku, scan baby, dan macam-macam lagi. Dipendekkan cerita, suami ajak buat scan masa minggu ke-11 kehamilan. Itu pun lepas dia tanya kawan-kawan dia klinik mana area sini yang ok dari aspek perkhidmatan, dan yang penting jantina doktor. hehehe

25 MEI 2015
Isnin sebelah pagi tu, aku dan suami terus ke Klinik Melati Utama, Taman Melati. Klinik ni sederet dengan Tudung Abu Dhabi, Imadi Pet dekat Petronas Taman Melati tu. Tujuan scan awal-awal ni sebab nak tengok sama ada kandungan aku normal atau tak. Kak ipar aku pesan, penting sebab takut kandungan luar rahim pulak. Alhamdulillah kandungan aku normal. Doktor bagi dengar jantung baby. Punyalah laju macam time aku tengah terkejut. hehehe tapi doktor kata normal jugak. So, aku baru tau yang banyak aku kena belajar lagi ni. hehehe

Masa scan tu, macam jakun lah sikit suami isteri dua orang ni kan. Mata aku dok pandang screen monitor tu je tengok. Suami aku sangat banyak tanya sambil tengok screen yang sama. Tanya saiz baby, movement baby etc. Suddenly, baby tu lompat kemain tinggi lagi. Terus suami bawak keluar fon nak rekod. hahaha Aku gelak je lah. Nampaklah muka teruja suami. Macam ni rupanya pengalaman pertama mengandung ek? Banyak yang first time dalam hidup akan dilalui. ^_^


p/s: memandangkan suami aku suka main badminton, dia kata baby tu lompat sebab tengah praktis 'jumping smash'. ok lah..jumping smash pon bolehlah nak. Nanti keluar, jadi partner ayah awak training badminton ye. hahaha

1st Pregnancy : Baby Gerak (kick)!

Assalamualaikum warahmatullah!

Biasanya orang akan tertanya-tanya bila ibu akan mula merasa gerakan baby. Menurut pembacaan aku, gerakan tu kita dapat rasa berbeza mengikut individu. Bergantung kepada kehamilan sulung atau tidak, saiz badan, kulit perut tebal atau tidak dan macam-macam lagi. Kalau anak sulung, biasanya lambat sikit dapat rasa pergerakan baby memandangkan rahim baru pertama kali mengembang dan tak biasa dengan keadaan baru. hehe

Rezeki aku dapat rasa gerakan baby yang pertama waktu hari terakhir Ramadhan, selepas Asar. Aku rasa letih sangat lepas Asar. So aku baring kejap dekat dalam bilik. Tiba-tiba rasa ada benda gerak dalam perut. Aku yang blur ni dok gelakkan diri sendiri je sebab aku fikir tak kan aku lapar sangat sampai angin dok gerak dalam perut dengan agak dahsyat. haha Pastu aku perasan perut aku berombak sikit. Gerakan yang aku ingatkan angin tu pun aku rasa lagi dua tiga kali. Ok. Confirm! Tu movement dari baby dalam perut.  Terus sengih sorang-sorang. Teruja hokay!

Perasaan? Ya Allah excited sangat sampai aku kejor suami yang tengah mesin rumput kat laman rumah. Terus cerita kat dia. Hahaha tak menyempat betul. Malam raya tu, bila suami cuba nak rasa gerakan tu, tak dapat rasa pun gerakan baby. Biasalah, segan dengan orang baru. Haha dengan aku je tak segan sebab dah biasa. :p anak mak kot nanti awak ni sayang. hoho

Gerakan baby ni kena rekod. Tapi bila kandungan masuk usia 28 minggu. So selagi belum masuk 28 minggu, rilek je lah layan baby dok main-main kat dalam tu. Tujuan kena rekod pergerakan baby ni adalah untuk pantau keadaan baby sama ada aktif atau tak. InsyaAllah aku akan update pulak pasal cara rekod gerakan baby ni ye.

Oh ye! aku dapat rasa gerakan pertama baby yang halus macam ada tak ada tu waktu kandungan usia 18 minggu. ^_^

1st Pregnancy : Puasa dan Mengandung?

Assalamualaikum warahmatullah!

Rezeki tahun ni dapat puasa dengan status baru sebagai isteri dan bonusnya, mengandung. Alhamdulillah. Sebelum Ramadhan menjelang tiba, aku dah gelisah tak senang duduk. Selalu google untuk dapatkan info dan panduan puasa sewaktu mengandung. Maklumlah, waktu puasa ni, kandungan aku masih dalam fasa awal kehamilan dan alahan aku tak hilang lagi. Setiap hari masih muntah-muntah walaupun tak seteruk dulu sampai tak larat nak bangun.

Sebelum puasa, aku ada buat check up dekat Klinik Melati Utama untuk dapatkan surat sokongan doktor (sebab aku nak tangguh semester since projek aku tergendala kesan alahan yang teruk). Alang-alang tu, aku terus tanya doktor apa yang patut aku makan memandangkan aku biasanya akan 'lembik' mula lepas Zuhur. Doktor sarankan aku makan serat, protein dan buah.

Antara pesanan doktor:

  • Kalau sahur tu biasanya makan nasi, awalkan sikit dalam pukul 5 atau lebih awal.
  • Lepas makan nasi, boleh makan biskut atau roti sebagai sumber serat. Sebab serat ni badan lambat hadam, insyaAllah kita rasa kenyang lebih lama.
  • Biasakan makan kurma sebab kurma ni tinggi serat.
  • Banyakkan makan buah-buahan untuk elakkan sembelit since kita tak banyak minum air siang-siang kan.

Tu antara pesanan dari doktor yang aku ingat dan aku buat. hehe maybe ada yang aku tertinggal tapi yang aku senaraikan kat atas ni insyaAllah membantu. Tapi mungkin jugak tips atas ni sesuai untuk yang mengandung dalam fasa awal kehamilan sebab baby tak besar lagi. Kalau dah masuk trimester kedua atau ketiga, mungkin ada cara lain yang lebih sesuai. hee

Cuma, kesimpulan yang aku boleh buat, kalau kes selalu/cepat lapar tapi tak lalu nak makan banyak sangat ni (macam kes aku ni lah), banyakkan makan buah pun ok. Especially kurma. Aku banyak makan kurma, jambu batu dan epal. Macam sedap je buah tu padahal sebelum ni tak ada nak hadap sangat. hahaha Air jangan lupa! Aku ni memang jenis kuat minum air. So, alhamdulillah tak dehydrated sangat siang-siang tu. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...