Demam Cinta?

bila dilihat senario drama Melayu kini, semuanya mengangkat konsep cinta yang kononnya islamik. semuanya mungkin mahu mengikut jejak langkah nurkasih yang sangat memberi kesan kepada penonton. habis semua drama Melayu begitu. kadang-kadang tengok tajuk pon dah jemu. 

tahajjud cinta
bait cinta
dewa cinta (ini bukan islamik)

muak juga bila semua mahu ada cinta. terus rasa seperti malas mahu ikuti drama tersebut. ohh bukan saya cemburu (perlukah?) apalagi rasa geli (langsung tidak berkaitan). yang pasti saya cuma rasa meluat sedikit.hehe biarlah andai ada yang berkata saya tak layak untuk lontar pandangan.

tahu kenapa saya meluat?sebab nampak tersangat fake. bukan cerita yang saya sebutkan di atas sahaja. ada banyak lagi cerita yang konon mengangkat isu islamik tapi jelas sangat tidak menjadinya lakonan. contoh, seperti ada satu cerita ini, si hero yang kononnya memegang watak sebagai pengerusi Persatuan Mahasiswa Islam itu boleh membonceng motosikal bersama-sama heroin yang bukan ada ikatan dengannya (dalam cerita itulah). oh, nampak benar fake!

saya bukanlah insan yang bijak dalam seni lakonan apalagi perfileman namun dalam banyak-banyak drama atau filem islamik yang pernah saya tonton, KETIKA CINTA BERTASBIH sahaja yang berjaya. maksud saya dalam memenuhi islamiknya kisah itu. mungkin ada yang kurang namun setidaknya watak yang solehah itu kekal nampak solehah. ini sekadar pendapat sahajalah. =)

Debat Lagi

hari ini, masuk hari ketiga saya di IIUM untuk Interschool Debate Championship Piala Tun Sri Lanang. untuk kategori Bahas Bahasa Melayu. (saya kurang mahir English apalagi Arabic). bukan sebagai hakim. mungkin boleh tapi rasa diri belum cukup layak lagi mengadili adik-adik dalam debat.

pandangan peribadi. hanya sekadar pandangan ya. debat ini pada satu sisi memang membuatkan kita lebih terbuka minda dari aspek pengetahuan am malah lebih dari itu. saya suka melihat bagaimana insan-insan yang mampu berhujah panjang seawal usia 13 tahun hingga 17 tahun ini berfikir panjang kadang-kadang hingga tidak tercapai akal. (itu hanya kes terpencil) yang lain, majoriti masih lagi jelas pemikiran pelajar sekolah. maksud saya kurang matang dalam menilai dan membawa hujah. apapun, tahniah buat semua yang berjaya ke pusingan menang mara.

isu yang saya nak bicarakan di sini adalah hasil bualan saya bersama seorang kenalan baru. ada bagusnya dalam berdebat ini sebagai contoh, kita boleh melihat bagaimana isu mahupun topik di bawa dalam sesebuah sidang.pendebat juga dapat dilatih untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menegakkan kes yang mereka bawakan. namun persoalannya dalam usul yang berkaitan dengan pegangan dan hukum tuhan. tiba-tiba saya teringat. memang benar dalam perdebatan tidak boleh membawa isu kepercayaan termasuklah membawa dalil dan hadith Nabi s.a.w sebagai bukti untuk menyokong hujah. tiba-tiba saya berfikir. adakah wajar untuk kita menyokong perkara yang memang jelas diharamkan syariat?sebagai contoh, kita terpaksa bersetuju untuk usul yang menyokong hubungan sejenis atau mungkin menyokong usul menentang pemakaian hijab.

setakat ini alhamdulillah saya belum lagi terjumpa dengan isu sebegini. namun untuk sesetengah pendebat, mereka mungkin pernah berdepan dengan situasi sebegini. saya bukan apa, bila dilihat dengan lebih teliti, perkara sebegini sebenarnya mencipta ideologi liberal dan sekular dalam diri mereka sebagai pendebat. mereka akan mula mengambil mudah dalam hukum Islam. contohnya, mereka akan katakan, "tak apa, hanya dalam debat sahaja. lepas ni ok je". alhamdulillah kalau begitu di akhirnya namun jika kerapkali dihadapkan dengan isu sebegini, potensi untuk mereka sendiri berfikiran liberal dan sekular adalah sangat tinggi.

lebih parah seandainya apa yang mereka katakan itu berjaya mempengaruhi audiens. andai audiens yang mendengar mampu berfikir secara waras dan matang itu tidak menjadi masalah. bagaimana pula dengan audiens yang tidak mampu berfikiran begitu. maksud saya buat golongan anak-anak muda misalnya. mungkin juga golongan yang kurang pegangan agamanya. (bukan mahu kata pegangan saya begitu kuat). nauzubillah.

entahlah. ini sekadar pandangan peribadi dari saya. kadang-kadang perkara begini memang membawa kepada satu situasi kurang senang di minda. semoga isu begini tidak berlaku. semoga debat, bahas, membawa begitu banyak manfaat dan bukan mudarat. insyaAllah. =)

KERJA

sibuk sejak beberapa minggu kebelakangan menjadi asbab kurang mencatat di maya. cuti selama beberapa bulan ni membuat hati tekad mahu mencari pengalaman kerja sebagai promoter. mak kata kerja promoter penat. berdiri sentiasa. layan kerenah pelanggan yang pelbagai ragam. kawan pula kata, kerja promoter seronok. bertambah communication skills. jadi hati mula tertanya-tanya. apa sebenarnya perasaan bekerja part-time sebagai promoter ni?

minggu pertama bekerja saya perlu ambil shif penuh. bermula 9.30 pagi berakhir 10.30 malam. penat? hanya Allah yang tahu. hari pertama, tidak rasa sebarang sakit-sakit. hari kedua, kaki seperti berpijak di atas jalan tar tanpa sebarang alas kaki. hari ketiga, sakit-sakit belakang. ya Tuhan, apakah ini? hampir putus asa sebenarnya. namun saya yakin, alah bisa, tegal biasa. =)

akhirnya kerja berjalan lancar tanpa sebarang masalah. ada satu perkara yang 'menyeronokkan'. tempat kerja saya kali ini memang punya masalah pekerja sedikit. hingga pada saat saya masuk bekerja, saya dan teman merupakan satu-satunya staf di dalam outlet. oh, apakah? faham maknanya? tiada supervisor, tiada assistant supervisor, tiada manager, tiada staf yang lebih berpengalaman. maka, kami berdua terpaksa membanting tulang. kami yang melayan pelanggan, kami yang mencari stok di stor, kami yang mengemas stok yang baru tiba, kami yang mengemas dan membersih outlet, kami yang bertugas di kaunter, kami lah yang melakukan semuanya. ya, SEMUANYA. termasuk kerja supervisor. cek stok dan laporan stok. oh..letih dan pening.

itu yang negatif. yang positifnya sangat-sangat banyak. pertama, saya memang dapat tingkatkan kemahiran komunikasi tak banyak pun, sedikit. realiti, saya memang sangat sukar memulakan perbualan termasuk menegur sesiapa. melainkan saya sudah kenal. di sini saya mula belajar menyapa, menegur, mengajak insan yang tidak pernah saya kenal untuk berbual tanpa rasa janggal. kedua, saya peroleh kemahiran bekerja dengan pantas. yelah. terpaksa siapkan kerja yang sepatutnya dilakukan supervisor.

alhamdulillah gaji pertama saya, memang terlebih dari yang sepatutnya kalau dikira mengikut waktu bekerja saya. mungkin bonus hasil kerja lipat ganda yang dilakukan?hehe alhamdulillah rezeki Ilahi. bulan Ramadhan ni saya tak pasti bagaimana situasinya. semoga tenaga dilipatgandakan Ilahi. dapatlah jalankan kerja dengan dedikasi. hehe

Kasihnya Ayah

bila ingatkan kembali kenangan bersama ayah, ada detik dan ketika saya senyum sendiri. saya ingat lagi hari pertama mahu ke sekolah tadika. waktu itu usia saya baru 5 tahun. pagi-pagi lagi sudah bersiap dengan semangat yang sangat berkobar-kobar. pagi itu hanya ayah dan mak su yang ada. mak mengajar di Shah Alam. usai sarapan bersama ayah, saya gagal mencari mak su untuk ke tadika bersama. mak su bekerja sambilan di tadika tersebut sebelum mendapatkan kerja tetap. bila bertanyakan ayah, ayah katakan mak su sudah pergi. saya mula menangis. takut ke sekolah berseorangan. merayu-rayu minta ayah hantarkan. ayah buat tak endah di sofa. semakin kuat tangisan saya. habis hilang semangat yang ada sebelumnya. akhirnya ayah bangun bawa saya ke luar rumah. lagak seperti mahu hantar terus ke tadika. rupanya bawa kepada mak su yang menanti di buaian. terus saya malu sendiri. baru saya tahu ayah hanya mahu mengajar saya cuba berdikari.

masuk sekolah, saya belajar sungguh-sungguh. ayah selalu kata "belajar rajin-rajin biar sampai pandai. kalau periksa, bagi dapat nombor satu. biar jadi YANG TERBAIK!" bila saya malas, ayah umpan saya dengan macam-macam perkara. "kalau dapat nombor satu, ayah belikan basikal", "nanti kalau dapat semua A, ayah belanja makan KFC". untuk kanak-kanak seawal usia 5 tahun, semua itu adalah ganjaran yang tidak ternilai. segalanya berterusan sehinggalah saya tamat sekolah rendah. saya dimotivasi dengan cabaran dari ayah.
"asyik wakil sekolah pidato, story telling, main bola jaring, mesti UPSR nanti TAK DAPAT 5A". saya yakin saya boleh lakukan kerana saya mahu jadi YANG TERBAIK seperti yang selalu ayah sebut. dan terbukti akhirnya. TERIMA KASIH AYAH!

sekolah menengah saya jauh nun di selatan sana. dalam setahun hanya 2 kali ayah datang. sewaktu awal tahun dan sekali lagi pada hujung tahun untuk mengambil dan menghantar barang. pernah sewaktu di tingkatan 4, ada Majlis Anugerah Tun Fatimah bermula seawal jam 8 pagi. ayah tahu saya akan menerima anugerah pada hari itu. terharu hati tatkala lihat ayah tiba. ayah kata selepas subuh, ayah memandu terus ke JB. semua demi meraikan kejayaan anaknya. takut saya sedih kerana tiada keluarga saat semua teman gembira bersama keluarga mereka. selesai majlis ayah kata mahu pulang terus. tak mahu lewat sampai rumah. dalam masa sehari ayah ulang-alik dari Klang ke JB. saya tahu ayah letih. TERIMA KASIH AYAH!

sewaktu saya mula ingin serius dalam hubungan, ayah selalu pesan supaya jaga diri. walu ayah percaya pada dia, ayah kata ayah tak kan bagi muka. sebab ayah ada hanya seorang anak perempuan. ayah mahukan lelaki yang betul-betul boleh jaga anak ayah. kalau ada kawan lelaki yang datang berziarah sewaktu lebaran mahupun dia mahu ajak berjumpa, ayah akan cepat-cepat buat muka bengis. ayah kata biar mereka takut. jadi mereka risau mahu apa-apakan nak ayah. saya tahu ayah mahu lindungi saya walau saat ayah tidak ada bersama saya. sweet nya ayah saya. TERIMA KASIH AYAH!

walau ayah marah, saya tahu kerana ayah sayang saya
walau ayah tegas dan garang, saya tahu itu demi memastikan saya terkawal dan tidak liar
walau ayah menyekt pergerakan keluar bersama rakan-rakan saya, saya tahu itu kerana ayah risaukan keselamatan saya.

saya tahu semua yang ayah lakukan ada sebab dan alasannya. biar apapun orang kata. ayah tetap yang terbaik. ayah yang kelakar, ayah yang tegas, ayah yang punya kasih sayang menggunung tinggi. SAYA SAYANG AYAH!

semoga ayah sentiasa di bawah rahmatNya. setiap nafas ayah, setiap denyutan nadi ayah, setiap langkah ayah keluar mencari nafkah, setiap tindak-tanduk ayah, setiap apa yang ayah lakukan, 
semoga semuanya diberkati Ilahi. 
THE BEST PERSON IN MY LIFE
*banyak lagi mahu kongsi.huhu

Manfaatkan Masa

waktu cuti yang terlalu panjang dalam meniti perjuangan di medan ilmu sejak berusia 6 tahun dulu. 4 bulan adalah tempoh yang sangat lama sebenarnya buat seorang pelajar sepenuh masa. maka, kenapa tidak mahu memanfaatkan masa cuti yang ada untuk hasil yang lebih menggembirakan? ayuh sama-sama kita memanfaatkan waktu yang ada.

ya, saya memang insan yang sentiasa ditinggalkan masa. saya tidak suka mengejar masa. namun saya tahu masa itu terlalu bernilai. seperti nyawa boleh diibaratkan. masakan tidak? sedetik waktu yang kita sia-siakan seolah kita mensia-siakan nyawa kita sendiri. jadi janganlah kita biarkan masa yang ada berlalu seperti angin yang bertiup.

kerja?
belajar?
duduk sahaja?

semua ada di tangan kita. kita yang menentukan siapa diri kita dan apa yang akan kita lakukan. semoga segalanya memberi kita manfaat. juga semoga rahmat dan berkat Ilahi sentiasa mengiringi tiap langkah kita. insyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...